Salam to all readers~ =)
Tanyakan persoalan pada diri. Kenapa kita seakan sukar untuk meraih cinta-Nya? Kenapa suuusaaaaaah sangat nak cinta kepada Dia? Sedangkan kita tahu selayaknya kita cintai itu adalah Dia. Tapi terkadang, jujur dikatakan susah benar rasanya nak cinta kepada Allah. Entah kenapa. Apa yang tak kena sebenarnya. Cinta lain jugak nampak indah di mata, cinta Allah terpinggir jua. Nak tahu jawapannya?
Jawapan: kerana hati kita lah yang sedang sakit. Okey, tak faham? Lets say.
Okey, berbalik kepada tadi. Kenapa nikmat Allah yang terlalu banyak ni tak membuatkan kita betul2 cinta kepada Dia? Kenapa. Siapa yang salah? Hati kita. Owh, rupa2nya selama ni hati kita yang sakit. Macam mana nak ubati dia?
Ubat merawat 'sakit hati' =)
1. Majlis ilmu. Pergilah ke majlis2 ilmu ni nak tambahkan ilmu pengetahuan kita. Tahukan, majlis ilmu ni merupakan taman2 syurga di dunia. Boleh lah jugak join usrah ke liqa' ke nak tambahkan ilmu agama ni plus dapatlah kita berkawan dengan orang2 yang soleh solehah.
2.From ilmu yang kita dapat, beramal. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Peribahasa arab. Ada ilmu, tak amal pun tak guna jugak. (pesanan bersama)Belajar untuk beramal. Beramal untuk kebaikan. Semoga ilmu yang dipelajari tu tak sia-sia, kan?
3. Zikrullah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang. Setuju? =) Kadang-kadang, susah rasanya kita nak berzikir mengingati-Nya sebab kita lagi senang menyanyi lagu-lagu omputeh. Sebab, jalan-jalan nak menuju cinta Allah ni semuanya nampak susah. Perlukan mujahadah. Ya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. =)
4. Berpantang daripada melakukan perkara2 yang boleh menyuburkan nafsu. Contohnya, online bukak benda-benda tak faedah, lepak sana lepak sini, ponteng sana ponteng sini, mata meliar saja tengok sana tengok sini, langkah yang diatur pun tak pernah berjaga maen redah je shopping complex masa azan maghrib (pesanan bersama) INI REALITI~ Apa yang perlu kita lakukan, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan, we try, okey?
5. Next, berkawan dengan orang soleh. Bila kita ada kengkawan yang alim-alim siket ni kan, memang kita untung. Mula2, macam menyampah lah jugak kan, asyik tegur je 24 jam, haha (kan ? ) tapi ingatlah, mereka menegur ada sebabnya. Sebab mereka sayang. Kalau tak sayang tak adanya nak teguq naaa. Untung sebab apa? Sebab dengan orang-orang soleh ni, kita boleh upgrade ilmu agama kita yang memang sedia sikit ni. Boleh lah tambah2 ilmu if kita dengan dia. Kalau kita berkwan level keimanan kita makin kurang kepada Dia, memang ada something wrong anywhere lah tu yang kita kena fix hati kita.
Jom renew hati! =D |
No comments:
Post a Comment