Sunday, March 20, 2016

Panduan Mendaftar Housemanship

Bismillah.

InsyaAllah, sedikit sebanyak kami akan berkongsi langkah-langkah untuk mendaftar buat panduan rakan-rakan dan junior-junior akan datang.
Entry ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baik.

[SPA]

Kalau nak kerja awal, selesaikan isi borang SPA ini semasa tahun akhir pengajian.
Buka laman web SPA, log in, kemudian,

1. Isi maklumat akademik untuk PMR dan ko-kurikulum
2. Isi maklumat akademik pada bahagian pengajian tinggi



Panduan ini untuk ijazah yang tak tertulis pointer atau cgpa atau lain-lain. Boleh pilih sarjana muda dalam bidang profesional atau sarjana muda am.

3. Isi bahagian jawatan yang dipohon.


4. Bahagian ini untuk diisi lepas selesai langkah ke-8 urusan MMC.
Bahagian no. keahlian diisi berdasarkan surat layak mendaftar sementara daripada MMC.




[MMC]

Kalau malas baca panjang, terus ke nombor 6.
Minta maaf atas gambar yang tidak jelas banyak komen pulak. Aku lempang kang.

1. Buka laman web MMC di link ini, http://www.mmc.gov.my/v1/index.php/downloadable-forms
kemudian muat turun dan cetak fail pdf untuk provisional registration (sijil sementara ni untuk HO lah).
Tak kisah cetak berwarna atau hitam putih. Isi sehingga penuh.

Panduan mengisi borang 4,

Bahagian bawah tu perlu diisi oleh pegawai yang sahkan segala salinan fotostat untuk dokumen lain. Rujuk langkah ke-2. Alamat tu alamat pejabat.

Borang appendiks A,


Borang fitness to practice declaration. Panduan di bawah adalah untuk orang yang sihat macam saya. Jadi, tak perlu buat medical check-up.




2. Buatkan salinan dan sahkan (oleh orang yang isi bahagian certification of identity pada borang 4 seperti di atas)
IC,
surat beranak (yang lama warna hijau tu pun boleh),
sijil SPM (bukan slip)
transkrip peperiksaan
maklumat kurikulum pengajian (sahkan setiap salinan)

4. Buat wang pos RM 20 di pejabat pos. Bila dah dapat wang pos tu, pada bahagian depan, tulis "The Registrar of Medical Practitioners" dan pada bahagian belakang, tulis nama dan alamat kita.

5. Sediakan sekeping gambar berukuran pasport untuk ditampal pada borang 4 dan surat daripada timbalan dekan (yang asli).

6. Pergi ke pejabat MMC di Kuala Lumpur (kalau naik pengangkutan awam, turun di stesen komuter Kuala Lumpur). Bangunannya bersebelahan Masjid Negara.
Pastikan semua dokumen lengkap:

sekeping gambar berukuran pasport
wang pos RM 20
surat daripada timbalan dekan
salinan IC, surat beranak, sijil SPM, transkrip peperiksaan*, maklumat kurikulum pengajian*

*sila bawa yang asli. Bimbang mereka minta yang asli. Setakat ini mereka masih menerima salinan.

7. Jika semua dokumen lengkap, kerani akan beri satu surat yang mengesahkan mereka dah terima permohonan kita dan kita akan diminta untuk datang semula selepas dua hari berkerja. Isi nama dan alamat pada surat tersebut.

8. Kalau pilih untuk ambil sendiri surat layak mendaftar sementara tersebut,
selepas dua hari berkerja, datang semula ke MMC dan dapatkan surat tersebut.
Rujuk pada langkah ke-4 panduan urusan SPA.


Sambungan panduan akan dikemaskini kemudian.

Sunday, February 21, 2016

My Speech Text

By: Shahir Nazri

Below are the text that I delivered during the Graduation Ceremony for Malaysian Medical Students at Faculty of Medicine, Cairo University on 20th February 2016:

Sunday, May 31, 2015

Kes Denggi Kembali Meningkat!

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 
SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA
(Bagi Minggu 20 tahun 2015 dari 17 hingga 23 Mei 2015)
 6rtnRJJf_400x400
Pemantauan KKM menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 16% setiap minggu sejak 2 minggu lepas di mana jumlah kes mingguan pada minggu ke 20 iaitu bagi tempoh 17 hingga 23 Mei adalah sebanyak 1,944 berbanding dengan hanya 1,675 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lapan (8) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 150 kes (16.6%), Perak 50 kes (36.8%), Johor 43 kes (30.5%), Negeri Sembilan 21 kes (95.5%), Sarawak 8 kes (36.4%), Kelantan 4 kes (26.7%), Kedah 3 kes (15.0%) dan masing-masing 1 kes di Perlis (100%) dan Sabah (100%).
Dari Januari hingga 23 Mei 2015, jumlah kumulatif kes denggi adalah 45,070 kes iaitu peningkatan sebanyak 35% (11,614 kes) berbanding dengan 33,456 kes untuk tempoh yang sama tahun 2014. Manakala untuk kematian denggi pula, bagi tempoh yang sama sebanyak 136 kematian denggi dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 100% berbanding 68 kematian pada tahun 2014.
Bagi tempoh yang sama, jumlah lokaliti wabak dan hotspot turut meningkat, yang mana dari 501 lokaliti wabak pada minggu ke 19 kepada 595 lokaliti wabak pada minggu ke 20 iaitu dengan peningkatan 19% seminggu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 70 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 65 hotspot pada minggu sebelumnya. Hotspots ini adalah 58 lokaliti di negeri Selangor, lapan (8) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang dan satu (1) lokaliti di Melaka.
Peningkatan kes ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :
  1. Faktor musim hujan yang melanda dikebanyakan negeri dan menyumbang pada tempat pembiakan nyamuk.
  2. Perubahan serotaip virus denggi (serotype shift) pada hujung bulan April yang boleh menyebabkan peningkatan kes dan kematian beberapa bulan selepas itu.
  3. Persekitaran yang tidak bersih iaitu kadar pembiakan aedes yang tinggi dengan purata 1.5 hingga 2% setiap minggu, di mana menunjukkan tempat pembiakan nyamuk yang tinggi.
Screenshot 2015-05-29 15.44.57Screenshot 2015-05-29 15.45.27Dengan peningkatan tren kes denggi yang masih berlaku ketika ini, tindakan bersepadu oleh masyarakat dan semua pihak diperlukan melalui perlaksanaan aktiviti seperti berikut:
  1. Jawatankuasa penduduk dan ketua masyarakat perlu menganjurkan aktiviti pembersihan persekitaran terutama di kawasan hotspot dan wabak denggi.
  2. Jawatankuasa atau ketua masyarakat juga diminta mengingatkan atau memaklumkan setiap penghuni setempat agar menjalankan aktiviti “cari dan musnah” setiap minggu dan pastikan tiada tempat pembiakan.
  3. Masyarakat disarankan menggunakan repelen atau memakai baju lengan atau seluar panjang bagi melindungi dari gigitan nyamuk.
  4. Menyembur racun serangga aerosol di dalam rumah terutama di belakang langsir, bawah meja dan tempat gelap tersembunyi pada waktu 5-7 pagi dan 5-7 petang.
  5. Membuang sampah secara berhemah atau mengamalkan kitar semula.
  6. Tindakan bersepadu antara jabatan dan agensi di dalam aktiviti pencegahan dan kawalan nyamuk aedes.
Jika tindakan pencegahan tidak dilakukan oleh semua pihak kemungkinan wabak akan berulang dan tren peningkatan kes akan seperti bulan Julai hingga September pada tahun lepas.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Denggi Pelbagai Kementerian pada 28 Mei 2015 juga telah memutuskan beberapa tindakan bersepadu khususnya di Lembah Klang bagi meningkatkan aktiviti kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. Antara lain, tindakan bersepadu ini melibatkan:
  1. Pengkongsian sumber termasuk peralatan dan sumber manusia
  2. Tindakan kawalan dan pencegahan secara serentak
  3. Memastikan liputan Outdoor Residual Spray (ORS) bagi kawasan sasaran di kawasan Petaling mencapai 100% bagi pusingan pertama dan kedua.
  4. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan khususnya di tapak-tapak binaan.
Bagi aktiviti di Kuala Lumpur, ia akan diketuai Jabatan Kesihatan DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya. Di kawasan Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Klang akan diketuai bersama antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Selangor. Manakala bagi pemeriksaan tapak-tapak binaan akan diketuai oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malayisa (CIDB) dan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan, Ibupejabat KKM. Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan Polis DiRaja Malaysia juga akan membantu dalam operasi pemeriksaan tapak-tapak binaan.
Mesyuarat juga memutuskan untuk menguatkuasakan Seksyen 11 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di mana pemaju yang ingin menjalan projek-projek pembangunan diwajibkan mengambil langkah-langkah pencegahan vektor seperti yang telah disyaratkan di bawah seksyen yang berkaitan. Sekiranya didapati pemaju gagal membuktikan bahawa langkah-langkah sedemikan diambil, tindakan pendakwaan akan diambil dan didakwa di mahkamah.
YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 
29 MEI 2015
Screenshot 2015-05-29 15.24.28Screenshot 2015-05-29 15.37.54Screenshot 2015-05-29 15.24.53Screenshot 2015-05-29 15.25.01


Tuesday, May 12, 2015

Of Solid and Obsolete – 4

By: al-Sa Her al-Ba Her

Once, I aim to write at least 5 blogposts before I end my study here. And here you go, my fourth.

1.      HEAVEN: Head Anastomosis Venture. In 1970, Robert White and his team had transplanted the head of a rhesus monkey to the body of another rhesus monkey with already severed head, and that little Frankenstein was alive for 8 days. However, they did realized that the greatest challenge in this procedure is reconnecting the severed spinal cord.

"The Dawn of the Rise of The Planet of the Apes: The Origin"

Fast forward to 21st century, Sergio Canavero and his team from Turin Advanced Neuromodulation Group (P/S: scientific societies + cool name + futuristic research + promise of a better future = the beginning of doomsday) claim that they may have found a way to overcome that problem.

"Turin Advanced Neuromodulation Group... the only thing left for them is to create a cool, simplistic logo design and they are set to destroy the world"

Their solution: GEMINI procedure, in which they will cut the spinal cord with ultra-sharp blade, and reconnect them using substance called fusogen-sealant (so-called because the substance both fuse and seal the site of resection). What this substance do is it first acutely dehydrate the something something and the hydrophilic force pulls and hydrophobic seals and etc etc… (read it yourselves, I just can’t brain it anymore)

Anyway, in this journal, they’ve described the procedures step-by-step from cooling the brain to cutting to reanastomosing and lastly physiotherapy. And the comments worth reading too. One of the commenter suggested to attach ovum to one side of the severed cord and sperm to the other side, so that the sperm will guide the connection of the cord (huh?)

Regarding ethical consideration, the author told this story of 2 man who beheaded their head and later their heads were restored magically, but to the wrong body. The wife of one of the man was in conflict of choosing which one was her husband, and to make matters worse, the wife love both men.

What’s your opinion? If this is achievable, would you allow it, as a doctor or even as a patient who may need it?

Read further here: Canavero S. HEAVEN: The head anastomosis venture Project outline for the first human head transplantation with spinal linkage (GEMINI). Surg Neurol Int [serial online] 2013 [cited 2015 May 12];4:335-42. Available from: http://www.surgicalneurologyint.com/text.asp?2013/4/2/335/113444

...meanwhile, this is my greatest achievements...


2.      Delayed cord clamping. I’ll just copy and paste the conclusions here:

“Providing additional placental blood to the preterm baby by either delaying cord clamping for 30 to 120 seconds, rather than early clamping, seems to be associated with less need for transfusion, better circulatory stability, less intraventricular haemorrhage (all grades) and lower risk for necrotising enterocolitis. However, there were insufficient data for reliable conclusions about the comparative effects on any of the primary outcomes for this review.” (source: http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/14651858.CD003248.pub3/abstract)

“A more liberal approach to delaying clamping of the umbilical cord in healthy term infants appears to be warranted, particularly in light of growing evidence that delayed cord clamping increases early haemoglobin concentrations and iron stores in infants. Delayed cord clamping is likely to be beneficial as long as access to treatment for jaundice requiring phototherapy is available.” (source: http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/14651858.CD004074.pub3/abstract)

P/S: what Afifi shared in the comment in Gen09 group (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6440574) is an article from 1984. My suggestions: 1) always recheck the date before using a source; 2) use Cochrane Database or UpToDate to look for latest systematically reviewed articles.

By the way, if you want to read any free full-text articles/ journals, search in PubMed Central (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/)


One more blogpost to go!

Monday, April 13, 2015

Ada Apa Dengan Rejab?

Hari ini hari apa?
Berapa hari bulan?
InsyaALLAH ramai antara kita yang bisa menjawabnya sepantas kilat.

Tetapi, jika ditanya hari dalam kalendar hijriah, sudah pasti ramai yang mengerut dahi untuk mengingatinya sebagaimana penulis sendiri. Manakala, kepala kita terngiang-ngiang lagu bulan-bulan islam yang didendangkan oleh kumpulan Alarm Me.
Jika saya bertanya kepada kalian bulan 6 dalam kalendar hijriah dapatkah kalian menjawabnya sepantas kalian menjawab bulan Jun dalam kalendar masihi? Untuk makluman kalian,sekarang kita berada di bulan Jamadil Akhir.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Memandangkan hampir seminggu lagi kita bakal memasuki bulan Rejab, penulis ingin serba sedikit berkongsi mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab.

Ada apa dengan Rejab?

Bulan Rejab adalah bulan yang ke-7 dalam sistem kalendar Islam dan merupakan salah satu daripada bulan-bulan Haram.


Firman Allah SWT: Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah  ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa.
(At-Taubah:36)

Rejab membawa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan.


     Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

1.Hijrah Pertama
- Hijrah ke Habsyah (Ethiopia). Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada kaum Muslimin dan Rasulullah SAW. Maka, Rasulullah SAW memerintahkan kepada para sahabat agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanitaDiantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan isterinya Roqiah puteri Rasulullah SAW. Habsyah dipilih oleh Rasullulah SAW adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
- Isra’ ialah perjalanan malam Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Mi’raj ialah dari Masjidil Aqsa, Rasulullah meneruskan perjalanannya ke alam langit menuju Sidratul Muntaha. Di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah langsung dari Allah SWT untuk melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.




3. Perang Tabuk
- Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab  ketika tahun ke-9 Hijrah. Nama perang Tabuk diambil sempena nama tempat di utara Semenanjung Arab, yang mana Rasulullah SAW dan 30,000 tentera Islam berkumpul. Perang ini juga merupakan  peperangan terakhir Baginda Rasulullah SAW.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
- Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahir IMAM SYAFIE R.A
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie’. Beliau lahir di Ghazzah, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Fiqh.


           Selain itu, sebahagian daripada kita menyambut bulan Rejab dengan berdoa dan  menjadikan bulan ini sebagai momentum mempersiapkan diri menyambut Ramadhan. Oleh itu, alangkah manisnya, jika amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya, kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “ Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”








Thursday, April 9, 2015

Shorter individuals at greater risk of heart disease

The shorter a person is, the greater their risk of developing coronary heart disease, according to findings published in the New England Journal of Medicine.


In a study of more than 200,000 people with or without heart disease, researchers from the University of Leicester found that for every 2.5 inch decrease in a person’s height, the risk of coronary heart disease increased by 13.5%. That translates as a 32% increase in risk for someone who is 5 ft tall, compared with someone who is 5 ft 6 inch.


Copyright: Shutterstock / bikeriderlondon

Coronary heart disease is the most common cause of premature death across the globe and in Britain accounts for around 73,000 deaths each year. The condition arises as a result of fatty materials depositing in the walls of coronary arteries and forming a plaque. If a blood clot forms across the plaque, the artery may become completely obstructed and suddenly cause a heart attack.

Nilesh Samani, lead author of the study and Professor of Cardiology at the University of Leicester, says that the inverse relationship between height and coronary heart disease risk has been familiar to scientists for over 60 years. However, until now, it has not been clear whether the relationship is influenced by confounding factors such as poor nutrition or poor socioeconomic environment.

“Now, using a genetic approach, researchers at the University of Leicester undertaking the study on behalf of an international consortium of scientists (the CADIoGRAM+C4D consortium) have shown that the association between shorter height and higher risk of coronary heart disease is a primary relationship and is not due to confounding factors,” says Samani.

The team looked at whether 180 genetic variants that influence height were also associated with the development of coronary heart disease. “The beauty about DNA is that it cannot be modified by one’s lifestyle or socio-economic conditions. Therefore if shorter height is directly connected with increased risk of coronary heart disease one would expect that these variants would also be associated with coronary heart disease and this is precisely what we found,” explains Samani.

Samani concludes that although the findings do not have any immediate clinical implications, an improved understanding of the biological mechanisms that underlie the relationship between height and coronary heart disease may lead to new approaches in the prevention and treatment of this disease.


Sunday, March 1, 2015

Glow With Flow 2.0 : Apa Kata Senpai?


ABOU RISY, 28 Februari – Bertempat di Markas PERUBATAN Abou Risy, Glow With Flow 2.0 telah selamat diadakan. Program Glow With Flow ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada ahli batch GEN 9 mengenai situasi study leave yang bakal dihadapi pada akhir tahun ini serta memberi motivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berbaki.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh saudari Noha Nabila Mohammad Akhir, Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi forum yang dinanti-nantikan. Barisan panelis yang dihadirkan cukup mantap terdiri daripada saudara Abd Rahim Samad, saudari Nur Atiqah Mohd Hanifah, saudari Tasnim Hanafi dan saudara Ahmad Kamil Ahmad Fahmi selaku moderator.

‘Aku bakal doktor’, inilah mindset yang dipegang oleh saudari Nur Atiqah selama bergelar mahasiswa tahun akhir perubatan. Beliau juga menekankan kepentingan fokus di dalam kuliah dan pemahaman konsep setiap topik yang diajar oleh pensyarah universiti.

Saudara Abd Rahim pula menceritakan pengalaman beliau semasa mengambil peperiksaan ulangan untuk subjek Obstetric dan Gynaecology. Saat-saat genting itu turut dikongsi oleh sahabat-sahabat sekeliling dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau.

‘’Everything matters’’, ujar saudari Tasnim ketika menjawab persoalan seorang hadirin mengenai kepentingan peperiksaan kecil setiap kali special round berakhir. Beliau turut berkongsi jadual belajar yang terancang ketika memasuki fatrah study leave.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada setiap ahli panel dan moderator.

Disediakan oleh,
Nur Anis binti Mohd Zali


Wednesday, February 11, 2015

KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016

KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Tabung “I LOVE I CARE” atau lebih dikenali sebagai tabung ILIC kini dating lagi! Namun yang demikian, pada sesi 2014/2016 ini, ada sedikit kelainan dalam kutipan tabung  ILIC. Dengan sukacitanya barisan Majlis Tertinggi Batch sesi 2014/2016 telah sebulat suara memutuskan bahawa kutipan tabung  ILIC pada sesi ini adalah sebanyak LE 30 SAHAJA. Tabung ILIC ini adalah dibawah kelolaan UNIT KEBAJIKAN.
       
APAKAH OBJEKTIF PELAKSANAAN TABUNG ILIC?

1.       Mengurangkan beban ahli GEN 9 (Mesir) yang menghadapi masalah atau ditimpa apa-apa musibah.
2.       Menyediakan pinjaman kepada ahli GEN 9 yang memerlukan.
3.       Merupakan médium ataupun platform bagi warga GEN 9 untuk bersama-sama menjaga kebajikan antara satu sama lain.
4.       Melatih sifat gemar menginfakkan harta dan suka bersedekah sekaligus mengikis sifat kikir dan bakhil dalam kalangan ahli GEN 9.
5.       Memupuk rasa kasih dan sayang serta ukhuwah yang erat antara sesama ahli. 

BERAPAKAH KADAR KUTIPAN TABUNG ILIC?

1.       Setiap siswa dan siswi GEN 9 akan menginfakkan LE 30 untuk tempoh setahun (12 bulan) bermula pada Februari 2015 sehingga Februari 2016.
2.       Sekiranya siswa dan siswi GEN 9 mempunyai sebarang masalah kewangan dan merasa terbeban dengan kutipan ILIC, aduan boleh disampaikan terus kepada Unit Kebajikan batch ataupun mana-mana jawatankuasa pimpinan batch GEN 9.
3.       Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana ahli GEN 9 yang mahu memberi dan menginfak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan.

SUMBANGAN

       Sekiranya berlaku masalah kewangan yang berat seperti kehilangan sejumlah wang yang banyak atau memerlukan sejumlah wang yang banyak dengan kadar yang segera seperti membayar yuran, kemasukan wad, kecemasan atau apa-apa jua kes yang melibatkan kewangan dan kos yang tinggi, kalian hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Unit Kebajikan GEN 9 untuk mendapatkan sumbangan.  Kadar sumbangan adalah mengikut kadar jumlah  semasa tabung ILIC.

PINJAMAN

       Tabung ILIC juga menawarkan khidmat pinjaman wang kepada mana-mana ahli GEN 9 yang memerlukan. Kadar pinjaman juga adalah mengikut jumlah semasa tabung ILIC dengan syarat-syarat yang tertentu.

ETIKA/PROSEDUR SUMBANGAN ATAU PINJAMAN

·         Prosedur Sumbangan: Ahli yang memerlukan sumbangan ILIC hanya perlu memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 tanpa melalui teknikal borang. Sumbangan juga boleh diserahkan kepada mana-mana ahli mengikut pertimbangan Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9.

·         Prosedur Pinjaman: Ahli yang memerlukan pinjaman tabung ILIC hendaklah memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 dan perlu mengisi borang pinjaman ILIC mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

STATUS/PERKEMBANGAN TABUNG ILIC SEMASA

1.       Pihak kami memohon maaf kerana rekod keluar masuk atau catatan akaun tabung ILIC  adalah sulit kerana ianya melibatkan maruah dan privasi individu. Secara amnya, tabung ILIC pada sesi lepas mampu menyumbang sejumlah wang kepada ahli batch yang ditimpa masalah atau dugaan yang melibatkan kes-kes  seperti berikut:-

a.       Kematian ahli keluarga terdekat
b.      Kecurian telefon bimbit dan laptop
c.       Kecurian wang saku yang banyak
d.      Pecah masuk rumah
e.      Kesesakan wang

2. Besarlah harapan kami agar ahli GEN 9 dapat sama-sama menyokong dan turut sama menyumbang dalam tabung ILIC ini demi kebajikan dan kemaslahatan kita bersama.

Disediakan oleh:
Unit Kebajikan GEN 9 2014/2016.


Thursday, January 29, 2015

Jaulah Bahariya 2015.


Bersempena cuti musim sejuk sesi 2014/2015, Unit Sukan dan Aktiviti Luar (USAL) Gen-09 telah menganjurkan satu jaulah 3 hari 2 malam  ke Bahariya yang disertai 13 orang siswi dan 3 orang siswa sebagai musyrif. Jaulah ini bermula dari 24 Januari hingga 26 Januari 2015.
Peserta-peserta diminta untuk berkumpul di Mahattah Abou Risy pada pukul 12.30 pagi. Tepat jam 1 pagi coaster mula bergerak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini dimulakan dengan bacaan doa naik kenderaan oleh para peserta.


Pada jam 7 pagi, peserta mula sampai di tempat penginapan di Ahmad Camp. Lawatan diteruskan untuk melawat El Meftella, Salt Lake dan English Mountain.
Keesokan harinya, para peserta mula bergerak untuk melawat Black Desert dan White Desert pada jam 11 pagi menaiki jip. Pelbagai pemandangan menarik ciptaan Allah SWT yang dapat dinikmati sepanjang perjalan ke sana. Antara  tempat-tempat menarik yang dilawati adalan Crystal Mountain, Mushroom Rock dan Chicken Rock. Para peserta bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan.


Keesokan paginya, para peserta menunaikan solat subuh secara berjemaah dan mendengar sesi tazkirah tidak dirancang oleh saudara Muhammad Afnan bertajuk “Hati”. Seterusnya, peserta mula berkumpul untuk melihat matahari terbit. Pada jam 1 petang, coaster mula bertolak pulang ke Kaherah dan sampai ke destinasi pada jam 7 malam.


Antara reaksi para peserta adalah,program ini sangat bermanfaat untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli batch serta dapat mentadabbur alam ciptaan Allah SWT yang sangat indah. Program ini juga memberi peluang untuk para peserta lebih mengenali Mesir dan penduduknya secara lebih dekat. Pelbagai pengalaman dan kenangan akan dikenang selamanya.
Ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, tapi hati yang merasa.

Disediakan oleh,
Aqilah binti Ab Razak
Setiausaha,
Jaulah Bahariya 2015,

USAL Gen-09 2014/2016

Tuesday, December 16, 2014

Of Solid and Obsolete – 3

By: Shahir Nazri

What defines us? Our gene, our appearances, or both? Or others perceptions? Or our actions? Or this, or that, or etc…?

1.      What determines stupidity? Let me rephrase the question: who is stupider, male or female? Think before you scroll (or just scroll, nobody is going to smack you).


The answer: MALE. Yes, you read that right. Don’t agree? Me too, but apparently someone has too much time on the internet to come up with this “solution”. Accept it, men are stupider than women. So say the latest post in BMJ.

"I've published a paper once..."

This so-called research (rubbish, and sexist, I say, on behalf of all men worldwide), studies the sex difference among the winners of Darwin Award over 20 year period.

Darwin Award, what a fancy name they give. It is like the Nobel Prize, except that it is given to idiot people who deserve to die. Or to put it in their own word, “…the Darwin Awards commemorate individuals who protect our gene pool by making the ultimate sacrifice of their own lives. Darwin Award winners eliminate themselves in an extraordinarily idiotic manner, thereby improving our species' chances of long-term survival.” (If you have a lot of time on your hand, or you had a bad day, or you just want to laugh at others’ stupidity, here is the site: http://darwinawards.com) (P/S: they just gave the title, but no award-giving ceremony is held annually)


Back to this “research” from BMJ. After they filtered out the unverified testimonies, they found that most of the winners are male, or accurately, 88.7% of the winners are males. What makes us males the winners in idiocy? Our lack of X-chromosome, or the Y-chromosome, or our ego to brag about something?


The responses to this article are just as interesting as the article. One respondent wrote that have it been women who are claimed to be stupid, the editorial won’t publish it on the ground of “sexism”. Another respondent states that the ratio of male-to-female winners of Carnegie Hero Award (http://carnegiehero.org) is somewhat similar (91.1% males), which makes us wonder, maybe males thoughtless acts (a.k.a stupidity) are just as beneficial as it is hazardous to mankind.

You can read more about this “research” here: The Darwin Awards: sex differences in idiotic behaviour 

2.      Chicken is wonderful. Slaughter one, and you can pretty much turn it into any delicacies you know, or you can make up your own recipes. With chicken, the possibilities are endless. An honourable mention: Kentucky Fried Chicken.

"I'm tasty and I know it"

But that is not our main topic here. Based on a recent article published by BMC genomics, there’s a mechanism that preserve avian karyotype along their lineage, making interchromosomal change rarely occur (huh?). To write that in a sentence that you and I can understand, they preserved most of the genomic structure from their dinosaur ancestors. And among all, the “chicken lineage appeared to have undergone the fewest changes compared to the dinosaur ancestor.” So brighten up, we’ve been eating “dinosaurs’ offspring” throughout our life.

...and he shall forever be known as "The Dino-Slayer"...

I guess this will take the hype away from the new remake of Jurassic Park. To read more (I suggest not, too hard to understand and you’ll feel like retard): Reconstructionof gross avian genome structure, organization and evolution suggests that thechicken lineage most closely resembles the dinosaur avian ancestor 




Ever wonder who or what defines you. Be it your gender or your gene, the possibilities are endless. Keep wondering.

Extra: here is the trailer of the new Jurassic World.