Wednesday, December 25, 2013

Kenyataan Rasmi Pembubaran Kelab Diskusi


No. Rujukan: GEN09 01/02/05-X 05/2013/14(12)
Tarikh: 25 Disember  2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan ada kematian, setiap yang bahagia pasti akan adanya dukacita dan hakikatnya semua ini akan berakhir. Beginilah hakikat kehidupan di dunia yang sentiasa berubah-rubah, tidak bersifat kekal. Kehidupan di akhirat jua lah yang akan kekal untuk selamanya. Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk ke akhirat. Berusahalah di dunia ini supaya kita bahagia selamanya di akhirat yang mana pertemuan yang tiada lagi perpisahan, kasih sayang yang tiada lagi kebencian dan kehidupan yang tiada lagi kematian. Itulah kehidupan yang sebenar.

-Al Mu'min ayat 65-
"Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Dengan dukacita, ingin saya maklumkan bahawa Kelab Diskusi atau lebih dikenali sebagai ‘kedik’ yang telah dicetuskan oleh saudara Muhammad Hafiz Bin Nazri pada sesi lepas akan berakhir sampai disi sahaja. Kami di pihak kepimpinan telah berbincang dan sebulat suara memutuskan keputusan ini selepas mengambil kira pelbagai faktor agar perjalanan batch kita pada tahun ini dapat berjalan dengan lebih lancar, InshaAllah.

Namun demikian, dengan berakhirnya kelab diskusi ini tidak bermakna cabang ilmu ini setakat disini sahaja kerana sebagai seorang khalifah yang bakal berjuang di bumi Allah yang luas ini hendaKlah kita bersiap siagakan diri dengan sebanyak mana ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Bertepatan dengan pembawaan sesi batch yang lepas dan diteruskan juga pada sesi ini iaitu peningkatan ‘thaqafah’.

Di kesempatan ini juga, ingin saya ingatkan kembali kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan meningkatkan tahap keselamatan diri mahupun harta selepas beberapa kes yang telah melanda pada ahli kita baru-baru ini, dan menjadi peringatan untuk kita semua. Tidak lupa juga untuk bersedia pada peperiksaan akhir pusingan yang mendatang tidak lama lagi.

Wallahu a’lam.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI

Timbalan Ketua Batch I,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014
Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: