Monday, November 17, 2014


Kutipan yuran sesi 2014/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah,
dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (2:195)”

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan wang. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara, sentiasa ada perkara yang memerlukan transaksi wang. Hal yang demikian juga berlaku dalam segala aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa GEN 09 2014/2016.

Oleh itu, pihak bendahari dengan ini berbesar hati mengumumkan kadar yuran sesi 2014/2016 adalah sebanyak LE 120 yang merangkumi:
·         Sistem Bakti Markas (SBM) = LE 65
·         Yuran PERUBATAN = LE 20
·         SC Gabungan = LE 10
·         Kelas Fiqh Perubatan = LE 10
·         Glow With Flow = LE 5
·         Akaun Siswa atau Siswi = LE 5
·         Riadah = LE 5

Untuk bayaran Sistem Bakti Markas (SBM), bayaran yang perlu dijelaskan oleh setiap ahli adalah sebanyak LE 5/bulan bermula daripada November 2014 sehingga November 2015. Seperti yang semua sedia maklum, bayaran ini dikenakan untuk menampung segala perbelanjaan markas PERUBATAN Abou Risy.Untuk makluman juga, bagi mana-mana program yang memerlukan perbelanjaan yang besar, yuran program akan dikutip secara berasingan daripada yuran batch (contoh: jamuan akhir tahun).

Maka, pihak Majlis Tertinggi Batch sesi 2014/2016 telah sepakat menetapkan jumlah yuran bagi sesi kali ini adalah sebanyak LE 120 bagi setiap ahli (berbanding LE 150 pada sesi lepas).
Bayaran boleh dibuat melalui Bendahari Batch,Muhammad Hanif Imran atau kepada saya sendiri, Nur Hazirah sebelum 17 Disember 2014.
Sekian, terima kasih.



Yang Menjalankan Tugas,

NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN,
Timbalan Bendahari Batch,
Jawatankuasa Gen09 2014/2016.


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: