Saturday, November 15, 2014

Ebola


Pengenalan

Ebola merupakan penyakit yang mula dikesan pada tahun 1976 di Yambuku, Republik Demokratik Kongo oleh Profesor Peter Piot dan virus tersebut dinamakan oleh beliau sempena sebatang sungai yang terletak 60 batu dari Yambuku sebagai mengelakkan stigma yang mengaitkan Yambuku dengan penyakit Ebola.

Virus Ebola adalah salah satu antara 30 virus yang mengakibatkan demam berdarah. Genus Ebola diklasifikasikan kepada 5 spesis berasingan; Sudan ebolavirus, Zaire ebolavirus, Tai Forest (Ivory Coast) ebolavirus, Reston ebolavirus, dan Bundibugyo ebolavirus. Wabak Ebola yang sedang berlaku adalah daripada spesis Zaire ebolavirus dan wabak pada tahun 2014 di Afrika Barat ini merupakan wabak Ebola terbesar dalam sejarah.



Tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit

Jangkitan klinikal pada manusia dan primat bukan manusia mengakibatkan virus tersebut membahagi dengan cepat dan merebak ke semua tisu dalam tubuh. Pembahagian virus ini merebak secara meluas dan membawa kepada nekrosis berfokus yang teruk. Hati merupakan organ yang paling banyak berlakunya nekrosis. Dalam jangkitan maut, tisu dan darah pesakit mengandungi virions Ebola dalam jumlah yang besar dan menjadikan tisu dan cecair tubuh badan pesakit tersebut sumber jangkitan yang sangat merbahaya.

Sehingga kini, hanya dua jenis cara jangkitan yang dikenalpasti:
·         Pendedahan primer- Jangkitan jenis ini melibatkan pekerjaan atau perjalanan ke kawasan yang sedang diserang wabak Ebola
·         Pendedahan sekunder- Jangkitan antara manusia-manusia atau primat-manusia



Antara haiwan yang disyaki membawa jangkitan virus ini adalah kelawar dan anjing.
Jangkitan virus spesis Zaire ebolavirus adalah melalui cecair tubuh badan sama ada peluh, air liur, darah, najis atau air kencing. Manakala, jangkitan virus spesis Reston ebolavirus pula adalah melalui saluran pernafasan. Namun demikian, virus spesis ini tidak mendatangkan penyakit kepada manusia jika dijangkiti.


Perubahan pada fizikal bergantung kepada tahap penyakit.
Tempoh inkubasi virus ini adalah sekitar 2-21 hari.

Perubahan awal pada pesakit adalah:
·         Demam
·         Radang salur pernafasan
·         Severe constitutional signs and symptoms
·         Ruam maculopapular
·         Bilateral conjunctival injection
Perubahan seterusnya adalah:
·         Tiada emosi wajah
·         Pendarahan pada tempat suntikan intravenous dan membran mukus
·         Radang otot jantung dan sembab paru-paru
·         Muntah-muntah
·         Cirit-birit
·         Simptom kegagalan buah pinggang dan hati
·         Pendarahan dalaman dan luaran (pendarahan pada gusi atau najis berdarah)
·         Pernafasan yang laju, tekanan darah rendah, tidak kencing dan koma dilihat pada pesakit yang terminal



Pesakit Ebola yang terselamat menunjukkan perubahan yang lewat seperti:
·         Sakit pada otot
·         Sakit pada sendi secara tidak simetri dan berpindah ke sendi yang lain
·         Sakit kepala
·         Keletihan
·         Bulimia
·         Tiada haid
·         Hilang deria pendengaran
·         Tinnitus
·         Radang pada sebelah testis
·         Suppurative parotitis


Kajian diagnosis

Antara kajian yang membantu kepada diagnosis kepada penyakit Ebola adalah:
·         Ujian darah yang ringkas seperti Complete blood count (CBC)
·         Ujiakaji serum – Enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA) untuk mengesan antigen atau untuk mengesan antibodi immunoglobulin M (IgM) dan immunoglobulin G (IgG)
·         Kajian lain – ujian immunochemical pada kulit postmortem, mikroskop elektron


Pengurusan penyakit

Sehingga kini, tiada antivirus yang spesifik untuk merawat dan mengelak daripada jangkitan virus Ebola dan kajian berkenaan antivirus tersebut masih dijalankan.

Namun begitu, beberapa garis panduan umum telah dibuat untuk menguruskan pesakit Ebola:
·         Rawatan sokongan untuk mengimbangkan kadar jumlah cecair dalam salur darah, elektrolit, nutrisi dan sokongan psikologi
·         Rawatan tersebut perlu dijalankan dengan penjagaan keselamatan yang ketat; keseluruhan cecair daripada tubuh pesakit boleh membawa kepada jangkitan dan perlu diuruskan dengan rapi
·         Tiada rawatan spesifik yang terbukti berkesan dalam merawat demam berdarah Ebola
·         Segala alatan perubatan yang terkena pesakit atau cecair tubuh badan pesakit perlu dinyahjangkitan dengan larutan 0.5% sodium hypochlorite
·         Mayat pesakit perlu ditanam dengan pengurusan yang memerlukan sentuhan seminima mungkin

Garis panduan menguruskan pesakit Ebola sentiasa dikemaskini setiap hari Jumaat dan boleh didapati di laman web World Health Organization (WHO).
Kadar kematian penyakit ini berbeza mengikut spesis.

Spesis Zaire ebolavirus adalah yang paling merbahaya di mana kadar kematian yang dilaporkan akibat spesis ini mencecah setinggi 89%.

Prognosis pesakit Ebola adalah buruk. Walaubagaimanapun, pesakit yang terselamat dalam masa dua minggu kebiasaannya akan pulih secara perlahan-lahan.
Bagi pesakit yang pulih, tempoh masa yang diambil adalah sekitar beberapa bulan sebelum mampu melakukan aktiviti biasa. Berat badan dan tenaga pesakit kembali pulih secara beransur-ansur dalam masa yang panjang. Virus Ebola masih dikesan dalam tubuh pesakit tersebut selepas beberapa minggu tanda-tanda penyakit hilang.


Maklumat tambahan

Berikut merupakan jumlah kes dan kematian melibatkan wabak Ebola pada tahun ini.





Rujukan:
1.       Medscape: Ebola Virus Infection
http://emedicine.medscape.com/article/216288-overview
2.       The Malaysian Medical Gazette. Ebola: Air mata berdarah, Dr Dhesi BR
http://www.mmgazette.com/ebola-air-mata-berdarah-dr-dhesi-br/
3.       Wikipedia. Ebola River
http://en.wikipedia.org/wiki/Ebola_River

4.       WHO. Ebola virus disease
http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: