Monday, May 5, 2014

[JPR '14] PENGENALAN DAN TARIKH-TARIKH PENTING






Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah menjadi rutin tahunan, bulan Mei adalah bulan pilihanraya batch. Sedar tidak sedar, sudah tiba masanya bagi kita warga Gen09 untuk memilih tampuk pimpinan batch yang baru bagi Sesi 2014/2016. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Raya atau lebih dikenali sebagai JPR akan ditubuhkan bagi melicinkan gerak kerja melantik pimpinan baru. Cuma bezanya pada tahun ini, anggota JPR terdiri daripada LIMA orang anggota sahaja yang dipantau oleh tiga orang panel penilai.


PENGARAH
Muhammad Husnaim bin Che Rahim

TIMBALAN PENGARAH
Siti Rokiah binti Ishak

UNIT PENERANGAN DAN KEMPEN
Muhammad Shair bin Awang
Fathin Nur Aqilah binti Azman

KHIDMAT GRAFIK
Shahrunizam Hidayat bin Hishamuddin

PANEL PENILAI
Muhammad Ikram bin Shahrom
Muhammad Zubair bin Mohd Zukeri
Nurul Aisyah binti Muda


Berikut merupakan tarikh-tarikh penting sepanjang pilihanraya batch pada tahun ini.

8 Mei                     : Hari Pencalonan
9 Mei                     : Pengumuman Calon
10 Mei  - 14 Mei      : Tempoh berkempen
15 Mei                   : Hari Pembuangan Undi
16 Mei                   : Pengumuman Keputusan Pengundian


Selain itu, sistem pencalonan dan pengundian adalah sedikit berbeza pada tahun ini. Nantikan penerangan yang selanjutnya daripada anggota JPR di laman Facebook, blog dan di dalam kelas.

Akhir kalam, semoga warga Gen09 sekalian dapat memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan pilihanraya batch buat terakhir kalinya. Semoga usaha kita yang sedikit ini diberkati Allah S.W.T

Wallahu a'alam.

JUJUR, PRAGMATIK, RESPEKTIF





aisyah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: