1.Jika anda menerima wang
RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung
sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.
2.Setiap hari, pastikan anda
menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan
silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar
pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”
3.Pegang prinsip hidup
jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam
sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan
terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini
pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.
4.Jika melihat penjual
makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang
goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual.
Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.
5.Jika hendak makan, ambil
sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah
ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran.
Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.
6.Selepas menggunakan
tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang
jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.
7.Memakai pakaian yang di
belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’
dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda
memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi.
Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah”
bergerak. -Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT. -Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila
ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang
jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.
No comments:
Post a Comment