Thursday, September 20, 2012

nasihat apa ?


berikut ada tulisan yang di copy paste dari blog aku
ah, pedulikan

.........................................................................

retorik menurut kamus dewan bahasa ialah:

1) seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik untuk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar

2) bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yang indah dan muluk-muluk)

sedar tak sedar ramai antara kita terjebak dalam satu wabak, 
wabak memberi nasihat retorik
wabak ini bersifat syok sendiri sebab pengguna akan merasa dia sudah berbuat sesuatu padahal dia tak buat apa pun
yang dia buat hanyalah menuturkan kata-kata retorik

" kau kena perbaiki program kau ini. banyak masalah "

" kau kena tinggikan akhlak kau ini, banyak rompong "

" kau kena berfikiran kreatif, jangan asyik ikut orang "

" kau kena berfikir luar dari kotak bukan luar rumah "

" kita kena berubah jadi lebih baik "

" rakyat kena berjimat "

" sistem mushrif perlu diperkasa "

" kau kena berubah "

" benda ini perlu diperbaiki "

sesungguhnya, benarlah yang di atas ini satu nasihat,
namun, permasalahan timbul apabila ayat ini dimatikan di situ sahaja 
maka dimana gunanya ayat-ayat tersebut ?

sebelum aku sambung perbincangan ini, biar aku tanya satu soalan retorik 

siapa antara kita yang tak nak jadi baik, tak nak program yang dia buat jadi yang terbaik, tak nak jadi kreatif, tak nak berfikir di luar kotak ?

SIAPA ? 

soalnya bagaimana 
bagaimana dia mahu perbaiki program dia
bagaimana dia boleh memperbaiki akhlak dia
bagaimana dia boleh bersifat kreatif
dan bagaimana-bagaimana yang lain
inilah kurangnya nasihat-nasihat di atas

jadi mengapa nasihat bersifat retorik ini dikeluarkan ? [satu lagi soalan retorik ]

1) kerana dia ingin lari dari tanggungjawab memberi idea yang sebenar

2) dia ingin rasa dia telah menyumbang sesuatu, walhal tidak
dan kebiasaannya mereka-mereka ini bersifat sinis dan kritikal terhadap penerima nasihat

3) ataupun mungkin inilah nasihat yang termampu diberi dek ketandusan akal dan fikiran

jadi, hitung kembali nasihat-nasihat kita
apakah "mereka" bersifat konkrit dan membantu ataupun bersifat retorik, cantik tetapi tidak berguna ?

maka selepas ini jika ingin memberi nasihat, sambunglah ayat anda DENGAN satu perkataan yang pendek tetapi sukar

D.E.N.G.A.N

kau kena perbaiki akhlak kau DENGAN ...

kau patut perbaiki program kau DENGAN ...

maka elakkan menjadi syok sendiri dan poyo

p/s: jangan jadi orang yang kerjanya mencemuh dan memperkecilkan orang lain tetapi bila disuruh memberikan nasihat atau bantuan, hasilnya tiada nilai
umpama plastik twisties yang bertebaran di jalan
bukan sahaja tak membantu, malah MENYAKITKAN MATA sahaja

aku pun banyak kali beri nasihat retorik sebenarnya 
kahkahkah

apahal serius sangat tulisan kali ini aku pun tak tahu
banyak sangat tidur agaknya
kahkahkah


beruanglegend GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

Unknown said...

siapa?

beruanglegend said...

pandai-pandailah fikir
lebihnya aku agaknya