MARAH atau ANGRY
Bismillahirrahmanirrahim
Apa bende marah tu?
Kuih ke ? nama penyanyi ke? Ke angry birds?
Kuih ke ? nama penyanyi ke? Ke angry birds?
MARAH atau “angry” bermaksud perasaan panas hati yang hadir
dalam diri kita sewaktu berlaku sesuatu perkara yang kita tidak sukai atau yang
seiring dengannya. Marah juga merupakan salah satu sifat mazmumah atau sifat
keji yang tidak disukai oleh Allah S.W.T dan Rasul S.A.W. Kalau dah tuhan dan
nabi pon tak suka jangan dok marah la kat orang lain pasni.
Kenape tak boleh marah, malah dibenci oleh Allah dan Rasul?
Marah itu bole bila kena pada tempat dan masanya. Tetapi jangan
la kita jadikan marah sebagai satu sifat yang lazim buat diri kita. Memang kadang2 kita sendiri tak boleh kawal
perasaan tersebut bila dah nak marah sangat. Tetapi sebaik2 nya kita perlu
belajar bagaimana kita bole kawal perasaan marah itu dan bagaimana kita bole
hilangkan rasa marah tersebut.
Berkenaan perasaan marah ini Aku nak cerita satu kisah ni
berkisarkan seorang anak dengan ayahnya.
Si anak ni suka sangat la marah tak tentu pasal macam la orang
tengah PMS even benda kecik.* pre-menstrual syndrome kalau tak tahu lah*.

Anak: Untuk ape paku2 ni ayah?
Ayah: Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok di depan rumah kita ni sampai hilang marah kamu tu.
Si anak ni terus memaku tembok di depan rumahnya setiap kali
marah tetapi jumlahnya semakin berkurang saban hari kerana dia dapati menahan
marah lebih mudah dari memaku tembok tersebut.
Sehinggalah pada suatu hari si anak ni berjaya tidak marah
walaupun sekali. Dia sangat gembira kemudian diceritakan kepada ayahnya.
Ayahnya mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan menyuruhnya cabut setiap paku
pada setiap hari yang si anaknya lalui tanpa rasa marah. Anaknya lalui hari
demi hari tanpa perasaan marah sehingga la habis kesemua paku2 dicabut. Si anak
gembira kerana berjaya mencabut kesemua paku2 lantas diceritakan lagi kepada
ayahnya.
Kemudian, si ayah bawa anaknya melihat tembok batu tersebut.
Ayah: kamu dah berjaya anakku…tetapi cuba kamu lihat kesan
lubang yang ada di tembok ini, tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelum kamu memakunya.. begitu juga dengan setiap perbuatan kamu
setiap kali kamu marah, ia akan meninggalkan kesan parut kepada sesiapa sahaja
yang kamu hamburkan perasaan marah tu..
Seronok tak cite ni? *bhahaha*
Rasul pernah bersabda:
“bukankah orang yang kuat itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang kuat itu adalah orang yang berjaya mengawal dirinya ketika marahnya.” (Hadis riwayat bukhari dan muslim)
“bukankah orang yang kuat itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang kuat itu adalah orang yang berjaya mengawal dirinya ketika marahnya.” (Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Bagaimana nak kawal perasaan marah tu dan bersikap lebih
tenang kelak? *susah sebenarnye nak kawal tetapi kite perlu usaha lawan nak
kawal nafsu marah tersebut*
Antara benda yg kita bole buat:
1. ambil wudhu’ kemudian solat sunat kemudian sambung baca
quran. Insyallah berkesan
2. fikir dulu kemarahan kita tu mempunyai alasan kukuh atau
tidak untuk membuat kita marah
3. Jangan salahkan orang lain di sekeliling kita. Tetapi focus
kepada punca sebenar kerana kadang2 kemarahan tu berpunca dari kita sendiri.
4. betulkan keadaan selepas kita dah kembali tenang kerana
setiap perbuatan yang kita lakukan ketika marah hanya boleh menyebabkan
kemarahan kepada orang lain.
5. jangan tidur pada waktu petang kerana boleh menyebabkan
emosi tidak stabil bila bangkit dari tidur.. *ini pernah berlaku kat aku
sendiri… bila bangun tidu je mesti rasa nak bagi kaki je kat orang lain*
Sebelum saya berhenti menaip sy nak kongsi satu hadis Rasul S.A.W yang berbunyi
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah” (riwayat Al-Tirmizi)
Kesimpulannya, dalam apa situasi atau keadaan yang kita
sedang berhadapan, hadapilah situasi tersebut dengan tidak marah.
1 comment:
mantap!!
Post a Comment