Syarat-syarat Pencalonan
1. Semua
ahli batch GEN09 (termasuk ahli bersekutu) layak menamakan calon mengikut
kehendak masing-masing.
2. Setiap
individu hanya dibenarkan untuk mengisi SATU borang sahaja.
3. Calon
yang dicadangkan mestilah:
- Tidak terlibat dalam politik
wang
- Tidak terlibat dalam kes
khalwat atau zina
- Tidak mengambil dadah
- Tidak minum arak
- Tidak terlibat dengan
sebarang ajaran sesat
- Tidak terlibat dengan
sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar
muslim selepas merujuk Penasihat PERUBATAN berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
4. Individu
yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi
Batch(Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch, Penolong Ketua Batch, Setiausaha dan
Bendahari) ialah:
- Ahli Jawatankuasa Pilihan
Raya GEN09 2012
- Ahli bersekutu batch
- AJKT PERUBATAN pusat
- Organisasi PERUBATAN Universiti
(OPU) Kaherah
5. Individu
yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa
Batch ialah:
- Ahli Jawatankuasa Pilihan
Raya GEN09 2012
- Ahli bersekutu batch
- AJKT PERUBATAN pusat
- OPU Kaherah
- Setiausaha dan Bendahari
Biro PERUBATAN pusat
- Ketua dan Timbalan Ketua
Unit/ Jabatan dalam Biro PERUBATAN
6. Untuk
Siswa: Hanya boleh mencalonkan nama dan mengundi bagi jawatan berikut:
o Ketua
Batch (Lelaki)
o Timbalan
Ketua Batch (Perempuan)
o Penolong
Ketua Batch I (Lelaki)
o Setiausaha
(Lelaki)
o Bendahari
(Lelaki)
o Lima
AJK (Lelaki)
7. Untuk
Siswi: Hanya boleh mencalonkan nama dan mengundi bagi jawatan berikut:
o Ketua
Batch (Lelaki)
o Timbalan
Ketua Batch (Perempuan)
o Penolong
Ketua Batch II (Perempuan)
o Penolong
Setiausaha (Perempuan)
o Penolong
Bendahari (Perempuan)
o Lima
AJK (Perempuan)
8. Pencalonan
hanya boleh dilakukan di lokasi yang dinyatakan.
9. Penyerahan
borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (Hari
Pencalonan).
10. Segala
keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPR adalah muktamad. Sebarang surat
menyurat, sms atau panggilan tidak akan dilayan.
“Jujur, Pragmatik, Respektif”
Yang Benar,
AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya GEN09 2012
3 comments:
agak2 ketua jaksi boleh bertanding x?? mohon pencerahan plizz
Siapa pulak ketua JAKSI batch kita? Dia akan dikira setaraf AJKT kot.
ahli bersekutu batch?? siapakah gerangan2 itu?
Post a Comment