Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wa
Barakatuh
1. Setinggi-tinggi syukur diucapkan kepada Allah serta selawat dan
salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah (saw). Sedar mahupun tidak, kita
sudah menghampiri peperiksaan akhir tahun bagi tahun pengajian sesi 2011/2012.
Peperiksaan akhir tahun ini juga menandakan hampirnya kita dengan penghujung
tahun ini.
2. Dan sudah menjadi lumrah bahawa setiap tahun yang lama akan
diganti dengan yang baharu. Yang baharu itu pula tidaklah datang bergolek,
bahkan kita jugalah yang perlu mencarinya.
3. Begitulah juga halnya dengan sesi pentadbiran batch kita. Maka
dalam proses mencari pengganti tampuk kepimpinan yang baru, perlunya usaha
daripada kita. Adapun usaha memilih itu kita lakukan dalam bentuk pilihan raya.
Oleh hal demikian, terlantiknya kami sebagai pihak Jawatankuasa Pilihan Raya
GEN09 sesi 2012 untuk mengatur perjalanan pilihan raya GEN09 pada tahun ini.
4. Berikut adalah serba ringkas aturan perjalanan proses pilihan
raya kita pada tahun ini:
22 April: Proses
pencalonan
25 April: Pengumuman
calon yang bakal bertanding
26-3 April: Permulaan
tempoh berkempen
3-4 Mei: Sesi
pengundian atas talian
6 Mei: Pengumuman
keputusan undian
5. Sukacita untuk kami maklumkan bahawa satu pembaharuan akan
dibawa dalam proses pilihan raya pada tahun ini, iaitu sistem pengundian atas
talian (online voting system). Sebarang makluman tambahan mengenai pembaharuan
ini akan diberitahu kemudian.
6. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama ahli Batch GEN09 dari
setinggi-tinggi tampuk kepimpinan hinggalah serendah-rendah ahli biasa agar
membantu kami dalam usaha mewujudkan satu pilihan raya yang bersih dan adil.
Semoga usaha kita yang sedikit diberi timbangan yang berat di akhirat kelak.
Pilihan raya yang adil menjamin masa depan yang cemerlang buat semua.
Sekian, terima
kasih.
Yang Benar,
AHMAD SHAHIR
BIN MOHAMAD NAZRI
Pengarah,
Jawatankuasa
Pilihan Raya GEN09 2012
No comments:
Post a Comment