Tuesday, September 27, 2011

Relatif.


Bismillahirrahmanirrahim.








Acapkali kita didengarkan dengan kata-kata,

“jangan bandingkan aku dan dia” dan “aku mahu jadi aku”.

Seolah-olah menjadi diri sendiri itu adalah keputusan dan tindakan yang terbaik.


Siapa kita kalau tiada orang lain?


Bagaimana kita dapat tahu apa itu sifat yang buruk kalau tiada contoh sifat yang buruk?

Bagaimana kita dapat menjadi baik andai tiada contoh sifat yang baik?


Hidup ini dipenuhi relatif.


Maka, sifat itu bertahap.

Baik buruk, baik baik.


Contoh sifat yang baik tentu sahaja daripada Rasulullah.


Tapi, amat sukar untuk mencontohi seseorang yang tidak pernah kita temui.

Maka, contohilah seseorang yang mencontohi seseorang yang mencontohi seseorang yang mencontohi seseorang yang mencontohi Baginda.


Untuk mencontohi, berhajat kepada perbandingan.


Maka, bandingkan diri kita dengan orang tersebut.

Adakah sudah hampir kepada sifat baik yang dicontohi Baginda?


Relatif juga merangkumi masa.

Maka, bandingkan masa semasa kita dan orang tersebut.

Bagaimanakah dia di masa sekian dan bagaimanakah kita juga di masa sekian?


Jadi, secara relatif, bagaimanakah kita setelah masuk tahun ke-3 di Mesir

dibandingkan dengan abang-abang dan kakak-kakak semasa mereka di umur yang sama?


Semoga kita menjadi lebih baik di tahun ke-3.

InsyaAllah.

Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.