Wednesday, June 1, 2011

TAPIS JANGAN TAK TAPIS





sistem tapisan:

1.tahu,tapi tidak sedar.
tiada kesedaran akan kepentingan

2.tahu,sedar,tapi tidak mampu.
tiada kemampuan utk dijadikan amalan.

3.tahu,sedar,mampu,tapi tidak tentu.
tiada ketentuan(strong will) utk istiqamah (steadfast)

4.tahu,sedar,mampu,tentu(thabat/istiqamah), tapi riya'.
tiada/kurang keikhlasan dalam amalan.

5.tahu,sedar,mampu,tentu,ikhlas.
tiada masalah dalam amalan. sudah cantik,cuma perlu disebarkan(ejen penyebar).

contoh 1:
solat.
tahu solat jemaah itu lebih baik dari solat sendiri.
sedar solat jemaah itu lebih byk kpentingan (kekuatan jiwa,cas positive,etc)
mampu utk solat jemaah. tpi masih memilih.magrib isyak cukup kot.
kesan=tidak istiqamah, ikut hati bila rasa perlu keluar,keluar.. solat zuhur sbb nk beli makanan tgh hari skali. kalau dah ade lunch, xperlu keluar. solat dirumah shj. magrib keluar kalau sempat. hari nih aku masak, dalam fikiran,kalo penat masak takpe tidak ke masjid. yg tidak dlm fikiran, aku nak masak awal,nnti azan sudah selesai dan boleh ke masjid.


contoh 2:
buku
tahu buku elok dibaca.
sedar buku penting dibaca dan dihabiskan. (sbb exam dah nak dekat,tambah ilmu,kwajipan pelajar,etc.)
mampu utk baca sejam dua. semalam pernah buat.
tentu. hari nih baca 4jam. esok pun 4jam. lusa 4jam. tiada masalah dlm istiqamah.
riak. baca biar dapat perhatian akhawat, biar orang kata kita rajin,etc
kesan=bila tiada orang tgk,kita pun bermalas-malasan,tidak belajar secara konsisten,etc

contoh 3:
facebook
tahu facebook seronok,etc
sedar facebook melalaikan,menggunakan byk masa,etc
tidak mampu untuk tinggalkan walaupun sehari
kesan= keutamaan sudah lari. bila internet perlahan/terputus, hati mula resah. belajar tidak fokus dan tidak berjadual, 'divert' kan masa utk movie 2jam,etc.

contoh 4:
ceramah
tahu ceramah menambah ilmu, mendidik jiwa,etc
tidak sedar ceramah melembut jiwa, membuatkan lebih faham apabila belajar,etc
tidak mampu duduk mendengar ceramah 1jam
tidak istiqamah. hampir sebulan tidak dengar ceramah.
kesan= masa terisi dengan perkara2 dunia. penat belajar direhatkan minda dgn game,SNSD,etc. hati lama-kelamaan mula menjauhi apa2 yang berkaitan dgn islam. nasyid? terlalu islamic. ceramah? terlalu bosan. al-quran?? terlalu tsiqah. hanya baca selepas magrib(kalau rajin) T,T

KESIMPULAN:

didiklah jiwa. pujuklah hati. slow2 berubah. exam itu boleh mendekatkan diri kpd Allah, boleh juga menjauhkan diri dari Allah. tiada pertengahan. tentukan kemahuan hidup,dan bezakan tujuan hidup.


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
afiquehidayat GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: