Friday, January 21, 2011

Mintak maap banyak2 la wei...


Assalamualaikum, dengan ini saya, Muhammad Asyraf bin Mohamad Kamil, tahun 2 perubatan Universiti Kaherah memohon seribu kemaafan kepada seramai 70 orang yang menempah kad ISIC bersama saya.

Permohonan maaf ini saya ungkapkan kerana terdapat salah faham berkenaan harga sebenar kad tersebut. Yang dimaksudkan oleh pegawai di pejabat ISIC tersebut ialah diskaun sebanyak 10 gneh daripada harga asalnya 90 gneh dan bukannya 10 gneh seperti yang saya uar-uarkan (setelah bertikam lidah dengan makcik kat situ, saya akhirnya mengaku kalah).

Untuk memahami situasi bagaimana saya boleh percaya kepada harga diskaun sehingga 10 gneh, sila ikuti kronologi di bawah untuk memahaminya di samping mengambil teladan.

Sebenarnya, saya dah pergi ke pejabat ISIC di akhir Manial ni 3 kali dah, kerana banyak salah faham disebabkan oleh barrier of language diantara kami.

Kali pertama, saya pergi untuk survey harga kad tersebut dan manager kat sana bagi tahu harga 1 kad ialah "nine egyptian pound".

Lalu, saya datang kali kedua membawa LE 108 untuk ahli group saya yang akan ke turkey (12 orang). Bila saya nak bagi duit, cashier dia cakap dia nak "ninety egyptian pound each". Saya dengan terkejut beruk panggil manager dia,

Saya : You said the last time I came here that one card is for nine egyptian pound!
Manager : Yeah, nine egyptian pound!
Saya : Tis'in walla eh? (tukar mode untuk kepastian)
Manager : Aiwah, tis'in. Nine egyptian pound.

Owh!! Barulah saya faham yang dimaksudkan "nine"nya ialah 90. Dan saya pun kata x apalah, I will come back next time with a bunch whole lot of money! Dan di saat itulah, dia mengajak kami (saya dan Nafis) untuk masuk ke pejabatnya bagi menawarkan suatu promotion yang saya mati2 percaya 10 gneh untuk setiap kad.

Berikut adalah di antara sebab saya 'mati2' percaya yang setiap kad berharga 10 gneh:

-Dia kata "I will give you 10 egyptian pound for each card if you can get 50 person" tanpa menyebut discount.

-Dia siap tulis lagi nombor 10 besar2 atas kertas waktu terangkan kat saya.

-Saya ada tanya jugak kalau lah saya dapat 20 je, ada diskaun jugak x? Dia cakap I will give you "eighty egyptian pound. So, common sense dari situ untuk bilangan yang lebih ramai, diskaunnya pasti lebih banyak.
20 orang=80 gneh/kad 50 orang=10gneh/kad

Dan bila saya datang balik kali ketiga dia maki hamun saya sebab salah faham. Dan saya cuba recall balik apa yang dia cakap hari tu dan dia x mengaku.

Dan saya mengaku ini semua kesalahan saya kerana saya selalunya leka bila excited (mendengar promotion yang begitu hebat). Dan saya mengaku salah kerana tidak memahami promotionnya thoroughly di samping hakikatnya saya ada history "permasalahan bahasa" dengan manager tersebut.

So, di sini 3 pengajaran penting yang ingin saya kongsikan dengan kawan2 bila berurusan dengan seseorang terutamanya orang asing yang berlainan bahasa dengan kita :

  1. Terangkan balik apa yang korang faham daripada apa yang telah dibincangkan. Jangan tinggalkan bilik mesyuarat selagi dua2 pihak belum bersetuju dengan apa yang difahami. Kalau boleh, ambik pen dan kertas sambil bercakap. Kerana ini lebih efektif memandangkan permasalahan yang mungkin berlaku berkaitan perbezaan bahasa dan mcm2 lagi. Lagi extreme, buat perjanjian kertas yang ditanda tangani kedua2 pihak.
  2. Jika anda mendapati pihak yang berurusan dengan anda agak lemah di dalam international language, gunakan bahasa tempatan pihak yang anda berurusan dengannya 'mengikut kemampuan anda' untuk memastikan ketepatan maklumat.
  3. Jangan berurusan seorang diri. Bawak paling minimum seorang kawan untuk memastikan ketepatan maklumat (in fact, aku datang dengan nafis dan dia pun faham benda yang sama).

Akhir sekali, aku mintak korang sebarkan benda ni kat yang x tahu lagi. Sebab aku nak feedback secepat mungkin. Sape yang still nak lagi boleh komen kat bawah ni nama dia dan katakan yang dia nak atau x nak. Bagi yang nak aku akan teruskan dan aku akan datang depan pintu rumah korang untuk ambil lagi 80 (aku x rase dia akan bagi diskaun dah lepas aku marah2 dia ari tu).

Bagi yang x nak pun aku akan serahkan balik borang2 tu depan pin2 rumah korang. Sekali lagi aku mintak maaf banyak2 atas segala kesulitan dan harap dimaafkan.

Kalau akhawat yang komen bagi tahu skali alamat rumah dan no. tepon(xde masalah kan, sebab nanti nak contact tanye rumah)

DON't GET PuNK'd

Anonymous GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

14 comments:

hafiz nazri said...

lawak2...ala..bese la 2 asyraf...xpe..cbe lg..kahkahkah

Afif Fahim MD said...

semoga Allah mbalas jasa baik Asyraf krn menolong shbat2 lain...barakallahufiik :)

Unknown said...

pulangkan depan pintu rumah aku.



haha.jk.
acap yg arab pun salah fhm,
kalau aku lg la haramjadah.

ash said...

arab 2 tak pandai bahasa arab dan english...

NiezaM said...

x kisah r 80 pun.... nak wat camna... datang r rumah aku... terima kasih banyak2 acap...

Anonymous said...

Pipit : Thanks
Asymun : Kau x cakap pun nak ke x!

cafieq said...

x kisah pon acap...
kitrg trime je brape..
:P

Anonymous said...

Sok cakap grup kita x buat la cafieq

effloresce91 said...

bler nk pegi bwat card tu lg..

Is said...

yup, smpat g x? klu nak turut serta wat kad ni

Afify Shamel AbdelRazak said...

InsyaAllah, penghuni Giza teruskan. Duit nanti exam Anatomy kitorang bawa.

Anonymous said...

effloresce91 : lepas exam anat, dalam sengkang 3 ari tu

faris : sempat gi

wnm said...

kitorg nak jugak..

1.afifah rahimi
2.wahdaty najihah
3.amanina
4.wan nur hidayah..

n9 duit bayar sok lpas anat..
arigato..=)

insan yang bersyukur said...

kiteorg nak jugak..tapi terlupa nak bagi duit xd..

bley bagi ari khamis ni x?
y nak...

1. liyana nadhirah
2. siti shahirah
3. naqiyan anis
4. nazira hanim
5. ayuni shafaf