Monday, January 3, 2011

Extravaganza Januari 2011


Assalamualaikum
Ayuh letupkan 2011! Post ini bknlah ingin mengajak kepada keganasan seperti di Alexandria baru2 ini..na'uzubillah. Sebaliknya hanya ingin berkongsi aktiviti menarik yang menanti kita sepanjang Januari 2011.
Fokus utama tentulah Peperiksaan Pertengahan tahun 2011.

Tapi sebelum itu-
Biro Akademik tampil dengan kelas "last minute extra class" atau singkatan ( LAME class) dan senarai semak kelengkapan menjelang imtihan dalam bentuk pamplet. LAME class akan berjalan pada 8, 9, 10 dan 11 Januari sebagai pecutan terakhir terutama bg mereka yg msh bingung dalam mengulangkaji subjek2 thn 2.( sesuai benar dibuat setelah hari berjamuan dan solat hajat )

Biro Pembangunan Insan tidak ketinggalan dalam meningkatkan kesedaran ahli kita akan kewujudan ilahi yang sepatutnya menjadi tempat kita bergantung dengan menganjurkan Solat Hajat & Jamuan dalam Majlis Ramah Mesra bersama Ustaz Azam. Jamuan ini jatuh pada tanggal 7 Januari 2011.

Biro tugas-tugas khas pula seakan-akan tidak perasan peperiksaan yang bakal tiba dek terlalu komited ( hehe ). Bulan ini insyaallah, biro ini berminat utk menambah harta benda batch dan mengemaskini rekod terkini inventori tersebut, seperti beg sandang projektor dan pelbagai lagi. Kepada sesiapa yang berminat utk mmberi sumbangan sama ada duit atau barang yang ingin diwakafkan bolehlah berjumpa terus dgn ajk ini. Tidak ketinggalan templat baru bakal menghiasi blog ini wlupn tidak diminta ramai...

Biro kebajikan turut berlapang dada untuk bersengkang mata demi menyiapkan profil batch utk rekod dan kegunaan masa hadapan.

Satu lagi biro yg berlapang dada kerana "exam fever" tidak lain biro sukan dan aktiviti luar yg terpaksa tawaquf seketika program2nya utk memberi laluan kepada peperiksaan.

Begitulah adanya Januari 2011. Cukup kiranya utk memulakan thn bru ini dengan semangat dan azam baru. Mudah-mudahan meletup hendaknya!

( Semua program insyaallah akan ada iklan tersendiri ehsan daripada biro tugas2 khas~)
Nantikan Karnival B*tch anjuran bersama Biro Akademik dan Biro Sukan dan Aktiviti Luar Gen 09 dan juga aktiviti julung-julung kali Bowling Berjemaah ( BBJ ) juga daripada Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Akan Datang....

Sekian,
Wakil AJK Gen 09,
Muhammad Hafiz b Nazri
mmmhafizen GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

5 comments:

عمار حمزة said...

u hv a word with acronym.

Anonymous said...

i can't wait for the bowling part...

mhn said...

juz have fun guys..life's short play more...

عمار حمزة said...

reflex psychology hafiz?

akusyiham said...

gelak gulunng-guling aku baca...
xsabar lah nak join karnival tue...
macam manalah agaknya....kikikiki