Monday, November 29, 2010

10 Perkara yang Mematikan Hati Anda



Bismillah...

Dengan izin Allah aku dapat berkongsi sedikit pengetahuan bersama pembaca sekalian berkenaan dengan beberapa perkara yang menyebabkan hati kita mati apabila kita melakukannya.

Kisah ini terjadi pada seorang ahli tasawuf bernama Ibrahim bin Ad'ham yang mana ketika itu Ibrahim bin Ad'ham berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu

tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan

syukurnya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak

menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak

beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak

lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak

bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu

lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mengubur mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak

jadikan pelajaran bagi mereka.

Nukilan pertamaku,

Syabab Musafir Qaseh

Dr. Muhamad Huzaifah MBBCh
http://puteramaahad91.blogspot.com
Zeinhom, Sayyeda Zainab, Cairo.
Muhamad Huzaifah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

Afif Fahim عفيف فهيم said...

eh, pah...kite punye gelaran bukan MD la, tp MBBCh....aku tulis MD sbab nme ayah aku Mohamad Dimyati...sorry...

Muhamad Huzaifah said...

Hehehe..dont wori..aku tahu..saje nk letak MD tu..famous ckit..
lagipun aku dah tukar dah..takut jadi kontroversi nt..wakaka

عمار حمزة said...

terbaik la syabab musafir

Muhamad Huzaifah said...

hehe..syabab musafir qaseh..