TENTANG IZZATI..
IZZATI
FARHANAH BINTI ARIP, berasal dari Kuala Lumpur , membesar di Perak dan kini
menetap di Sarawak. Sering bertukar-tukar tempat kediaman telah mengajar beliau
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza-beza,bak kata pepatah Melayu, di mana bumi dipijak,
di situlah langit dijunjung.
Untuk menggambarkan bakat kepimpinan beliau, saya rasa lebih
tepat jika kita gunakan pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Memang sudah diakui bahawa bakat kepimpinan Izzati yang berkaliber ini telah diwarisi dari ayahnya, bekas PENGETUA
SMKA SULTAN AZLAN SHAH. Sejak dari sekolah rendah lagi bakat kepimpinan Izzati
telah dikesan. Hal ini terbukti apabila beliau telah dilantik sebagai KETUA
PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI 2. Melangkah ke alam sekolah menengah bukanlah
merupakan noktah bertanda bagi zaman kepimpinan Izzati. Buktinya, beliau telah
dilantik sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS SBPI GOPENG.
Berkesinambungan daripada
detik-detik kegemilangan yang lampau, kini beliau tampil pula sebagai CALON
AJKT PERUBATAN SESI 2012/2013. Ya, tampil untuk memperjuangkan PERUBATAN yang disayangi ke persada yang lebih gemilang!!
BERPANDANGAN JAUH..PUNYA VISI DAN MISI
Sepanjang hampir 3 tahun perkenalan saya dengan beliau, tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang sahabat yang berpandangan jauh. Mungkin tiga tahun merupakan tempoh yang tidak cukup panjang tapi saya kira cukup matang untuk menilai diri beliau yang sebenar. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada ISLAM atau dengan kata lain menjadi sumber manusia untuk perjuangan ISLAM.
Benar, sumber manusia itu jauh lebih penting dari sumber kewangan. Suka untuk saya berkongsi satu kisah mengenai Umar bin Khattab R.A tentang sumber manusia:
Pada suatu kesempatan Umar bin Khattab mengajukan
pertanyaan kepada para sahabat, "Tunjukkan kepada saya cita-cita tertinggi
kalian." Salah seorang dari mereka mengacungkan tangan dan berkata,
"Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini penuh dengan emas, akan saya
infakkan seluruhnya untuk jalan Allah."
Umarpun mengulangi pertanyaannya, "Apa masih
ada yang lebih baik dari itu?", lantas sahabat yang lainpun menjawab,
"Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini dipenuhi dengan intan, emas dan
permata, niscaya akan saya infakkan seluruhnya untuk Allah." Umar bin
Khattab kembali bertanya dengan lafadh yang sama. Merekapun serentak menjawab,
"Wahai Amirulmukminin kami tidak tahu lagi apa yang terbaik dari
itu." Umar bin Khathab kemudian menjelaskan, "Cita-cita yang terbaik
adalah, seandainya ruangan ini Allah penuhi dengan PEJUANG MUSLIM seperti Abu
Ubaidah bin Jarrah yang jujur, adil dan bijaksana."
Saya ingin memetik satu
ungkapan daripada beliau ; ‘ KALAU KITA MEMBANTU AGAMA ALLAH, INSYAALLAH..ALLAH
AKAN BANTU KITA. BERJUANG ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS ‘
Perjuangan ISLAM itu tidak menjanjikan populariti, tidak
juga menjanjikan wang ringgit mahupun pangkat. Jangan pernah risau andai diri hanya menjadi orang
yang kerdil dalam perjuangan, kerana tidak popular ataupun tidak menjadi
'public figure' . Pengorbanan tidak dinilai dari
sebanyak mana kita berkorban segalanya tetapi sejauh mana kita belajar untuk
ikhlas pada setiap pengorbanan itu.
PERUBATAN
DEKAT DIHATI…
‘PERUBATAN
DEKAT DIHATI’ akan cuba direalisasikan melalui 2 MANIFESTO UTAMA beliau iaitu :
1) Merealisasikan
agenda kebajikan PERUBATAN agar PERUBATAN dekat dihati
Saya ingin
menduga sahabat-sahabat dengan satu persoalan..
Mengapa
ramai diantara kita yang lari daripada persatuan???Kerana apa ya sahabat-sahabat??
Kerana
kurangnya rasa kebersamaan.Ya! Salah satu sebabnya adalah kerana kurangnya rasa
kebersamaan. Mereka ini
merasakan bahawa persatuan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mereka..Pemikiran
seperti inilah yang cuba kita kikis daripada pemikiran ahli PERUBATAN.Kita
mengharapkan ahli PERUBATAN tidak melihat PERUBATAN sebagai sebuah persatuan
semata-mata sebaliknya mereka merasai kewujudan PERUBATAN disaat susah dan senang
dan menganggap ahli PERUBATAN yang lain sebagai satu keluarga dimana mereka
boleh mengadu nasib dan mendamba kasih…Ingatlah PERUBATAN adalah milik kita semua.Maka
menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga perubatan dan menjadi tanggungjawab PERUBATAN untuk menjaga kita..
2)Membaik
pulih sistem ekonomi PERUBATAN yang sedia ada supaya lebih mesra ahli.
Mesra
ahli..? Apakah yang dimaksudkan dengan lebih mesra ahli???
Mudah sahaja, memudahkan
,meringankan,tidak membebankan ahli, dimana terdapat 3 kriteria yang telah beliau gariskan iaitu:
i.membuat
jualan online melalui e-BIKON jika dirasakan perlu
ii.mengeluarkan
produk mengikut kehendak dan keperluan ahli PERUBATAN
iii.mengemas
kini data produk BIKON
Nah, sahabat-sahabat..saya merasakan bahawa agenda yang cuba diketengahkan oleh beliau adalah jelas merupakan sesuatu yang akan memberikan impak yang besar untuk PERUBATAN.
Saya yakin dan percaya beliau akan cuba yang terbaik bagi merealisasikan 2 manifesto ini, bukan hanya fantasi semata-mata..INSYAALLAH!!
Saya yakin dan percaya beliau akan cuba yang terbaik bagi merealisasikan 2 manifesto ini, bukan hanya fantasi semata-mata..INSYAALLAH!!
JOM MENERJAH BADAI..
Calon yang
berkaliber seperti beliau ini tidak seharusnya dipersia-siakan. Biarlah ia
dapat diterjemahkan melalui satu gerak kerja yang efektif.
‘Harimau
mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama’
Jika anda
rasa beliaulah calon yang dicari-cari selama ini untuk menyinari
PERUBATAN..ayuh!
UNDILAH IZZATI FARHANAH ARIP..PERUBATAN DEKAT DI HATI !!
UNDILAH IZZATI FARHANAH ARIP..PERUBATAN DEKAT DI HATI !!
No comments:
Post a Comment