Friday, May 24, 2013

[KENYATAAN RASMI] PEMBUBARAN JAWATANKUASA BATCH GEN09 SESI 2012/2013





No. Rujukan: GEN09 01/01/05-X 04/2012/13(10)
Tarikh: 24 Mei 2013



Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah dengan berlangsungnya penyerahan kuasa kepada Ketua Batch bagi Jawatankuasa Batch sesi 2013/2014 di Jamuan Akhir Tahun yang bertemakan WeChat (We Care, We Cherish, We Unite) semalam, maka secara rasminya Jawatankuasa Batch 2012/2013 dibubarkan.

Saya mewakili jawatankuasa batch bagi sesi 2012/2013 memohon beribu-ribu kemaafan dan keampunan seandainya sepanjang perkhidmatan kami, masih ada hak-hak sahabat sekalian yang belum tertunai dek kerana kelemahan dan kekurangan daripada pihak kami.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada calon yang telah memenangi pilihan raya tahun ini. Semoga kalian bersedia dan bersemangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kami berharap kalian dapat memandu batch kearah yang lebih baik dan sentiasa menjaga kepentingan ahli dari segenap aspek. InsyaAllah saya yakin seluruh  warga Gen 09 akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kalian.

تَعۡلَمُونَ وَأَنتُمۡ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَتَخُونُوٓاْ وَٱلرَّسُولَ ٱللَّهَ تَخُونُواْ لَا ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يَـٰٓأَيُّہَا
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
(Surah al-Anfal 8:27)

Bagi mereka yang tidak berjaya, yakinlah bahawa anda telah ditakdirkan dengan sesuatu yang lebih baik. Anda tidak kalah cuma belum tiba masanya lagi.

Akhir kalam, saya mendoakan agar kita sama-sama fokus dan tekun untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Moga-moga kita semua dipermudahkan oleh Allah  untuk melepasi ujian ini dan berjaya naik ke tahun yang seterusnya, biiznillah.  Walaupun begitu, dalam kesibukan kita berusaha, saya mengharapkan agar sahabat sekalian sentiasa memberikan keutamaan kepada hubungan kita dengan Maha Pencipta  dan tidak dilupakan juga hubungan kita sesama manusia khususnya ahli beit.

Wallahu a’lam.


Yang menjalankan tugas,

AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 sesi 2012/2013



NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
Timbalan Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2012/2013


Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: