Saturday, May 3, 2014

Gorgeous Day Out~Our Day^^


GORGEOUS DAY OUT

Bersempena cuti 1 mei yang lepas,Unit sukan dan aktivit luar ,Unit Akademik dan Unit Pembangunan Insan Akhawat gen 09 telah berjaya mengadakan satu program Gorgeous day out bertempat di Hadiqah Al-Azhar dan International Bowling Center .


Program kali ini berlainan dengan program yang sebelum ini kerana berkonsepkan study interaktif secara santai-santai dan mengeratkan ukhuwah sesama siswi sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dan bagi mengadakan SC Gabungan Amali pada tahun ini.

Gorgeous Day Out dimulakan pada pukul 11.20 pagi dengan acara EXPLORACE di Hadiqah Al-Azhar dimana siswi gen 09 dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dikehendaki menyelesaikan tugasan sepanjang 8 checkpoint.
Setiap tugasan adalah berkaitan dengan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam peperiksaan dan dalam masa yang sama membantu siswi untuk menghafal ilmu yang dipelajari melalui permainan-permainan yang telah disediakan. Explorace berakhir kira-kira dalam pukul 2.30 petang dimana Kumpulan Salma yang diketuai oleh Akma Anis berjaya mendapat Tempat pertama,diikuti oleh  Princes Ghafira yang diketuai oleh Syafaf dan Princess Noura yang diketuai oleh Syafekar.



Rata-rata Ahli menyatakan seronok dan menyedari bahawa banyak lagi  yang perlu dibaca dan dikuasai.~muhasabah-muhasabah






Antara Respond ahli berkenaan program tersebut adalah berdasarkan post-post di alam maya.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti SC Amali dengan bermain boling di International Bowling Centre dimana setiap sc bertanding dan berjuang untuk mendapat tempat yang terbaik.Meskipun ada sebahagian ahli telah pulang untuk menyelesaikan urusan yang lain,ahli gen 09 yang lain masih bersemangat dan tidak berputus asa untuk bermain boling walaupun telah kepenatan berexplorace. 

Program GDO ini berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah Permainan Boling kepada para pemenang.
Tempat Pertama Boling dimenangi oleh Kumpulan SC Nurul Aisyah Dan Shaymak dengan ahlinya yang terdiri daripada Rahimah,Hamizah,Faten Dayana dan Atiqah Tahir.Tempat Ke dua dimenangi oleh Kumpulan Gabungan SC Nur Syafekar ,Farahdina dan sebahagian mentor tahun 3 yang terdiri daripada Hidayah,Badriyyah dan Fatin Baharin.Manakala tempat yang ke tiga dimenangi oleh Kumpulan Mentor Tahun 3 dan 2 terdiri daripada Amalina,Mastura,Anis Zali dan Amanina

Program Gorgeous Day out berakhir pada kira-kira pukul 5.00 petang.

Diharap ahli siswi gen 09 dapat mengambil manfaat dengan mendapat semangat baru untuk terus mengulang kaji pelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan sentiasa mendoakan antara satu sama lain supaya dimudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan bersama baik di dunia mahupun di akhirat kelak.



Perjuangan yang bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap akan  menghasilkan kemanisan berjuang dan keindahan hidup bersama-sama. 
Kemanisan dan keindahan  ini bagaikan satu  formula yang paling hebat bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan ini!!Kita kan nak graduate sama -sama ^^
Biiznillah =D

Ya Allah,kuatkan hati-hati kami 
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, 
telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. 
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. 
Kekalkanlah cintanya. 
Tunjukilah jalan-jalannya. 
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. 
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. 
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu. 
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 
Ya Allah. 
Amin. 

Disediakan oleh,
Nur Fatin Binti Baharin,
Setiausaha Gorgeous Day Out 2014
Jawatankuasa Gen 09 SESI 2013/2014.
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: