Saturday, April 27, 2013

JPR 2013 [Kenyataan Rasmi]






Rujukan: GEN09 01/01/05-X04/2012/13(09)
Tarikh: 27 April 2013



Pilihan Raya Gen 09


Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua”.

Berdasarkan hadis tersebut, rasulullah mengajarkan kepada umat baginda peri pentingnya memilih pemimpin dalam Islam. Betapa hebatnya didikan Islam, dalam sekecil-kecil situasi dan sekecil-kecil komuniti, pemilihan salah seorang sebagai ketua adalah satu keperluan untuk menentukan keputusan dan menentukan hala tuju komuniti tersebut.

Seorang ketua pula perlu kepada satu organisasi dan jawatankuasa yang sistematik untuk menguruskan dan melancarkan pembahagian tugasan. Berkata Saidina Umar al-Khattab, khalifah yang kedua daripada khulafa` ar-rashidin yang mafhumnya, “tiada Islam kecuali dengan jemaah, tiada jemaah kecuali dengan kepimpinan dan tiada kepimpinan kecuali dengan ketaatan”.

Bersesuaian dengan peribahasa melayu, “yang patah tumbuh, yang hilang berganti”, kami, jawatankuasa batch sesi 2012/2013 akan melepaskan jawatan kami dan bakal digantikan oleh jawatankuasa yang baru.
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa batch telah melantik beberapa ahli Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) sesi 2013 bagi menguruskan hal ehwal pencalonan, kempen, pengundian dan makluman keputusan pilihanraya batch.

Oleh yang demikian, kami berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melancarkan proses pemilihan pimpinan pada sesi yang baru ini. Bersempena bulan Mei yang bersejarah ini, ayuh sama-sama kita memeriahkan lagi demam pilihan raya sama ada di peringkat batch mahupun di peringkat parlimen dan dun di Malaysia.

Selamat berpilihan raya.


Yang berkhidmat,

AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 09 2012/2013


NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
Timbalan Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 09 2012/2013
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: