Monday, April 29, 2013

[JPR'13] SYARAT & PERATURAN PENCALONAN 2013






SYARAT & PERATURAN PENCALONAN

1. Semua ahli batch GEN09 (termasuk ahli bersekutu) layak menamakan calon mengikut kehendak      masing-masing.
2. Setiap individu hanya dibenarkan untuk mengisi SATU borang sahaja.
3. Hanya nama yang tersenarai sahaja layak dicalonkan.
4. Calon yang dicadangkan mestilah:

        a) Tidak terlibat dalam politik wang
        b) Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
        c) Tidak mengambil dadah
        d) Tidak minum arak
        e) Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat


5. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar Muslim.

6. Individu yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding ialah

        a) AJKT PERUBATAN dan ahli MTP PERUBATAN
        b) Setiausaha dan Bendahari Biro PERUBATAN Cawangan
        c) Anggota Jawatankuasa Pilihan Raya Gen09

7. Untuk Siswa: Hanya boleh mencalonkan nama bagi jawatan berikut:
       a) Ketua Batch (Lelaki)
       b) Timbalan Ketua Batch I (Lelaki)
       c) Setiausaha (Lelaki)
       d) Bendahari (Lelaki)
       e) Lima AJK (Lelaki)

8. Untuk Siswi: Hanya boleh mencalonkan nama bagi jawatan berikut:
       a) Ketua Batch (Lelaki)
       b) Timbalan Ketua Batch II (Perempuan)
       c) Timbalan Setiausaha (Perempuan)
       d) Timbalan Bendahari (Perempuan)
       e) Lima AJK (Perempuan)

9. Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang dinyatakan.
10. Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (Hari  Pencalonan)
11. Segala keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPR adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, SMS atau panggilan tidak akan dilayan.


(Peraturan 4 & 5 diambil daripada syarat Pilihanraya PERUBATAN)


Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: