Sunday, March 10, 2013

Ayam Bakar Capsicum




Assalamualaikum, hye Gen09, kali ni ingin aku berkongsi resepi ayam bakar bersama cili banggala aka capsicum.




Bersihkan ayam dan gaul dengan semua bahan tersebut, perap di dalam freezer dan bakar di dalam oven pada suhu 180 degree selama 40 minit. Sedap di makan begitu saja.

Soalan famous:

1.
Q: Ayam kena buang kulit tak?
A: Aku syorkan tak payah buang kulit sebab bila bakar nanti, kulit yang mengandungi lemak akan mengeluarkan minyak sekaligus melembabkan ayam kau sepanjang proses membakar. So, bila kau makan nanti, kau akan rasa betapa lembutnya ayam bakar kau.

2.
Q: Berapa ukuran capsicum yang dipotong? Bawang putih?
A: Seelok-eloknya, 3 cm kali 3cm. Jangan terlalu kecil takut-takut nanti kau kecewa sebab tak dapat makan capsicum yang crunchy. Aku dah try buat kecil-kecil bajet lawa tapi akhirnya capsicum tu paling spoil. Bawang putih, kau ketuk dan potong dengan pisau. Yang ini hangit tak apa sebab aku tak makan.

3.
Q: Tak ada sweetener nak ganti dengan apa?
A: Boleh saja diganti dengan gula.

4.
Q: 1kg ayam ni boleh dimakan berapa orang?
A: Kira-kira 5 orang tapi aku makan sorang-sorang.

5.
Q: Berapa lama nak perap?
A: Bergantung kepada tahap kesabaran kau. Aku yang penyabar orangnya ini selalu akan perap hari Ahad, dan bakar petang Isnin atau petang Selasa. Kau perap sahaja dalam plastik supaya mudah kau nak keluarkan nanti. Dari freezer, terus masukkan ke dalam loyang dan bakar beku-beku.

6.
Q: Tak ada oven apa boleh buat?
A: Nak mudah, beri pada aku ayam itu dan akan aku tolong bakarkan. Another way is, kau pinjam alat barbeque daripada Gen09. Free sahaja baq hang.



Anggaran Kos : 25le

Anggaran Nutrisi : 92% protein, 4% carb, 2% multivitamin, 1% sodium, 1% lain2.

Sekian sahaja. Jelas tak betapa mudahnya resepi Ayam Bakar Capsicum ini? Dan yang paling penting ia sangat enak dan harganya pula berpatutan. Cubalah try!

By: ieki
Anonymous GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

beruanglegend said...

" Q: 1kg ayam ni boleh dimakan berapa orang?
A: Kira-kira 5 orang tapi aku makan sorang-sorang. "
hahahaha!

hani said...

nom nom nom
sedapnyaa hawa!

cenderawasih khayalan said...

nice2.. nak lagi resepi2

Unknown said...

mohon abul masak utk ahli beit