Friday, February 22, 2013

Sehingga Kamu Mengerti...(3P)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

اللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنا محمد عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آله وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Wahai pemuda Islam, ingin aku seru sehingga anda mengerti bahawa perjuangan kita menyempurnakan kefahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri.

 Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya “Sehingga Para PEMUDA Mengerti” sangat menarik untuk di fahami kita terutamanya dalam soal politik. 
Beliau menyebut : “Setiap orang Islam yang berpandangan tidak mahu masuk campur dalam urusan politik adalah di antara dua golongan ; 
 Sama ada dia tidak memahami Islam,
 Ataupun dia adalah seorang bacul dan pengecut


Sheikh Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut lagi : 
“Adapun jika kamu yang mewajibkan ke atas dirimu dan orang yang mengikuti kamu agar tidak terlibat dalam bidang politik umum bersama orang Islam yang lain,

 MEREKA TELAH BERDOSA SEBANYAK DUA KALI :

Kali pertama kerana tidak menyertai dan tidak berkerja untuk kerja-kerja politik (memenangkan Islam)
Kali kedua kerana mereka telah menghalang orang lain menyertai dan bekerja untuk melangsaikan kewajipan mereka.”
Namun di sana , terdapat sebahagian orang Islam masa kini yang berkata 


“ Kami sekarang berada pada zaman Makki (sebelum Nabi berhijrah-belum ada Negara Islam)”.
 Maksud mereka sekarang peringkat pembentukan dan penyucian, bukannya peringkat peperangan dan penentangan. Kita aman saja macam ini. “Maka tidak perlulah kami terlibat dengan politik memandangkan kami masih di peringkat pembentukan”.

 Pendapat ini adalah batil dan tertolak sebanyak dua kali:

1) Pada gambaran mereka yang silap terhadap zaman Makki
2) Pada gambaran mereka yang silap terhadap Islam itu sendiri.

Dakwaan  zaman Makki itu zaman pembentukan dan penyucian semata-mata , bukannya zaman penentangan dan perlawanan ternyata itu sangat silap. 
 Seseorang yang mengikuti sejarah Rasulullah s.a.w dan sahabat r.anhum pada zaman makki, akan mendapati bahawa
sekeras-keras peringkat penentangan pemikiran dan akidah adalah pada zaman tersebut !
[dipetik dari fb ibnu fathani ]
                                                              ISLAM ITU SYUMUL..
~mane mungkin politik itu diasingkan dari ISLAM...

bila sampai satu tahap tu.. kita akan sedar yang kita sudah terlalu 'tua' untuk tidak matang bahkan kita akan terasa 'bodoh' bila kita tak lakukan sesuatu yang matang..
hakikatnya, matang itu diukur pada tahap kita memahami apa yang Allah perintahkan pada kita dan pada tahap kita tahu tuntutan dan tugas kita..





Apa tugasan kita yea???

 Tugasan kamu yang terbesar yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T
dan kamu dicipta kerananya ialah:

1) Menegakkan Hukum ALLAH di atas muka bumi
 2)Mengeluarkan hamba – hamba ALLAH daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan ALLAH yang Maha Esa.  
3)Mengeluarkan mereka daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam.




ish 'Azizan, Aw Mut Syahidan.! Hidup Mulia, Mati Syahid.

Saya mahu berjuang???tapi bagaimana????


Daulah Islamiyah hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jemaah Islamiyah..
dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu..

Jemaah Islamiyah yang dimaksudkan dan diwajibkan kita bersama-sama dengannya itu mempunyai Dua matlamat yang besar (Matlamat Khusus dan Matlamat Umum)

Matlamat Khusus:
1)Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulen kepadanya
2)Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham dalam pembentukan individu muslim dan masyarakat Islam
3)membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam
4)Mendirikan NEGARA ISLAM
5)Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-pecah sebagaimana ada pada hari ini..

Matlamat Umum:

1)Mengabdikan diri manusia kepada Allah yang Maha Esa
2)Mempelopori kerja-kerja amar ma'ruf nahi mungkar
3)menghapuskan fitnah dan kekufuran daripada berkuasa di muka bumi ini.

Bagaimana nak kenal ciri-ciri Jemaah Islamiyah???

Petikan daripada Ustaz Mustafa Masyhur yang menerangkan sedikit tentang ciri-ciri jemaah.
 " Perlu juga dijelaskan kepada bahawa jemaah yang bakal dimasuki dan berjuang dengannya, mestilah merupakan satu jemaah yang menganut Islam dengan segala kesyumulan
(sempurna dan menyeluruh)
.
Mengambil Islam sebagai akidah, ibadah, akhlak, undang-undang, perlembagaan, siasah dan jihad.
Malah  mencukupi semua aspek kehidupan.
 Apabila sesuatu jemaah hanya mementingkan beberapa sudut kehidupan sahaja dan mencuaikan beberapa sudut yang lain kerana lebih mengutamakan kemudahan dan keselamatan atau dengan alasan yang lain, maka jemaah itu bukanlah satu jemaah yang sempurna.

AKU SYABAB ISLAM!!!
5 SIFIR ASAS YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG PEMUDA ISLAM:

  • Keimanan Teguh yang tidak bergoncang dan tidak pula rapuh 
  • Keikhlasan yang Benar, tidak mengenal kepura puraan mahupun menunjuk nunjuk 
  • Keazaman yang Teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar 
  • Amalan yang berterusan, tidak mengenal erti lemah 
  • Pengorbanan yang tinggi, yang hanya memilih kemenangan atau Syahid


IMAN,SEMANGAT,USAHA
Ketahuilah bahawa asas keimanan adalah hati yang tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci, asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang teguh. Dan ianya tidak terdapat kecuali di dalam jiwa para pemuda Islam.



p/s: Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam..

 Hakikat kemenangan ini satu perkara yang mustahak dan sangat penting, dengan kemenangan Islamlah kita dapat menyelamatkan aqidah umat Islam dan menyelamatkan ramai manusia yang terlibat dalam dosa-dosa besar dalam perkara yang tidak menurut syarie...

ISLAM RAHMATAN LIL'ALAMIN..ISLAM IS FOR ALL!!!
~Bila kita pilih ISLAM ,melayu selamat,cina selamat,india pun selamat insya ALLAH~

Rujukan: -Buku Hatta ya'lama As syabab(Sheikh Dr.Abdullah Nasih
                Ulwan)
              -Pemuda Islam yang Dijanjikan(karanganSheikh Dr.Yusof Qardhawi)
              -Tafsir At-Tibyan Surah As-Saff(Tuan Guru Haji  Abdul Hadi Awang)
       
3P: PEMUDA,POLITIK,dan PRU 13
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

Anonymous said...

syukran atas artikel ini
jelas dan terang sekali 3P itu