Saturday, December 1, 2012

Sila ambil Al-Quran



Sila ambil al Quran.
Ibrahim [6,7]
Israel. Diulang ulang dalam Kitab, dihina hina oleh umat. Kenapa?
Untuk kita sedar dan belajar. Untuk kita ambil ibrah dan iktibar.
Tak guna hentam hentam, kalau hati sama hitam
bayi laki comel dibunuh sesuka hati,
bayi perempuan montel dibiarkan untuk kecelakaan lebih ngeri,
dikejar Firaun hingga ke jalan mati,
menjadi sesat menyembah Samiri,
di Gunung Sinai 40 tahun tercari cari,
Mereka bukannya selalu dalam keadaan yang baik, diberi ujian tanpa henti, agar menjadi lebih terpuji, tapi, memang masing masing tak sedar diri, mencabar Yang Maha Sabar menyombong diri.
Ketika diberi cubaan dan dugaan, Ar Rahim sedia memujuk, memulakan ayat dengan “ ingatlah nikmatKu” bukan “bersabarlah” seperti selalu manusia buat.
Rakan A: Aku ada masalah lah. Cerita nya macam ni …[bla bla bla]
Rakan K: Sabarlah A. Kau kan tahu …[bla bla bla]
Bani Israel: Kami dah lalui banyak ujian … [bla bla bla]
Allah : “Dan [ingatlah] ketika Musa berkata kepada kaumnya, ‘ingatlah nikmat Allah ke atas mu’…”
[14:6]
Ada orang, kalau sedih, tidur. Ada juga yang post status dekat laman sosial. Ada yang mengadu menangis nangis dekat mak yang jauh merentasi lautan Hindi. Sesiapa yang sudah berpunya boleh mengadu kepada si dia. Ada yang pergi jalan jalan dekat tempat orang kaya. Ada yang bersemangat baking cupcakes dan goreng karipap. Ada yang lepas geram beriadah setiap malam. Ada yang tengok filem berderet deret sampai 2 jam setengah. Paling paling koman pun main games enam tujuh level. Ini senarai normal. Benda biasa. Tak perlu diulang sepuluh kali. Anda rasa senarai pendek ini dapat menghilangkan kesedihan hati, keperitan jiwa, kekosongan rohani anda? Anda rasa anda lebih gembira selepas mengamalkan senarai pendek ini? Anda rasa puas tahap mega? Kesedihan itu memang lari meninggalkan anda selepas anda melazimi senarai pendek ini? Jiwa anda terus segar bugar bagai tanah lepas hujan apabila anda melakukan senarai normal ini?
Tak kan?
Ke saya salah?
Senang cerita, cara yang paling baik, untuk mengelakkan diri dari terus sedih, layu, buntu, sayu, kecewa, luluh, dengan ujian dunia bukan lah senarai pendek tersebut, tapi dengan mengingati nikmat-nikmat Nya yang tersangatlah tak boleh nak disenaraikan, walau menghabiskan masa sepanjang hidup untuk menulisnya. Ini adalah perkara asas dalam hidup.
Lain orang lain dugaan. Ini ‘general knowledge’. Tak pandai masak asam pedas, tak pandai photoshop, tak pandai tangkap gambar guna DSLR, tak pandai berpantun, tak pandai menjahit, tak pandai nak cakap depan orang ramai, tak pandai nak jadi  bendahari, tak pandai nak guna chopstick, tak pandai segala aspek. Tapi Allah suruh ingat, kita pandai buat air bandung, pandai jaga binatang peliharaan, pandai baca tulisan bahasa Arab, pandai tulis postblog yang meletup letup, pandai masak nasi lemak, pandai guna Adobe After Effect, pandai tarannum macam sheikh, pandai segala aspek. Ini cuma skop remeh.
Anda sudah 21 tahun. Boleh fikir sendiri kan ?
Allah sendiri suruh kita fikir tentang kegembiraan yang telah diberi, janganlah selalu menzalimi diri, merendah diri membanding banding rezeki. Bukan bertujuan untuk mengajak anda selesa dengan keadaan sekarang, malahan kita sememangnya dituntut dengan sekeras kerasnya untuk menambahbaik peribadi dan iman di hati, agar lebih selari dengan Nabi yang dicintai, agar lebih layak menjadi ahli Firdausi.
Kemudian Allah sambung, “..sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku menambah [nikmat] kepadamu..”[14:7]
Tengok?
Allah bagi ujian, kita sedih, Allah kata, sila ingat nikmat, kemudian kita bersyukur, Allah tambah nikmat, kita gandakan syukur, Allah tambah lagi, kita lebih bersyukur, Allah tambah lebih banyak nikmat. Terus terusan tanpa penghabisan. Ini kitaran sampai mati. Tolong jangan berhenti di tengah-tengah kitaran ini. Nanti siapa yang rugi kalau bukan diri sendiri?
Ini ‘common sense’, kan?
Sebab itulah, setiap kali solat, setiap kali  baca al Fatihah, kita sebut, ‘segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’. Selama ini sebut main taram sahaja atau memang betul-betul maksudkan? Sebut sambil lewa atau sebut sehabis baik? Sebut sambil ingat Tuhan atau sebut sambil ingat makanan? Baca berlagu lagu sahaja atau baca supaya kedengaran sampai arasy Allah?
Get it,bro?
Everything is already in the al Quran
whether you find it, or not.

By: Nur Shazwani Mohd Azmi
Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

afiquehidayat said...

terima kasih byk

Anonymous said...

Kita cmencari Qana'ah itu sendiri.. iaitu menerima dan mensyukuri ke atas setiap perkara yang dlimpahkan oleh Yang Maha Esa kepada kita.

Memang susah, tapi di situlah letaknya sabar dan istiqamah.

terima kasih :)

p/s: srry for being an anonymous~