Thursday, December 13, 2012

[Kenyataan Rasmi] PILIHANRAYA PERUBATAN 2012




Rujukan: GEN09 01/01/05-X 04/2012/13 (06)
Tarikh: 13 Disember 2012


PILIHANRAYA PERUBATAN 2012


Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah swt:








Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (surah As-Sajadah: 24)

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang masih memberikan dua nikmat yang terbesar kepada kita semua; nikmat iman dan nikmat Islam. Salawat dan salam buat pemimpin teragung Rasullulah s.a.w., para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang masih meneruskan perjuangan Baginda.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, senarai nama calon-calon pilihanraya PERUBATAN Cawangan Kaherah telah dikeluarkan. Kami dari barisan Ahli Jawatankuasa Gen 9 sangat berbesar hati melihat penglibatan ahli dalam memeriahkan pilihanraya kali ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon siswa dan siswi yang telah menyahut cabaran ini menjadi calon untuk pilihanraya PERUBATAN sesi 2013/2014.

Tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu pekerjaan di dunia ini akan tercapai matlamat dan sasarannya dengan wujudnya kepimpinan. Hatta seseorang individu itu sendiri merupakan ketua kepada dirinya untuk mengatur kehidupan supaya mencapai mardhatilah. Hakikat pengutusan para rasul kepada umat manusia juga adalah untuk memimpin seluruh umat dan membebaskan mereka dari  cengkaman kegelapan menuju cahaya yang hakiki.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriahkan pilihanraya PERUBATAN dan memberikan sokongan yang padu serta jitu kepada calon-calon AJKT dan MTP tersebut. Manakala, kepada semua calon pula, kami berharap agar kalian semua berjaya. Terpilih atau tidak itu peranan Allah menentukan. Kita sebagai hamba sekadar berusaha sehabis daya. Adapun, kami percaya calon-calon daripada keluarga Gen 9 dapat menerajui tampuk kepimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah dengan amanah dan jayanya.

Selamat berpilihanraya.


Yang menjalankan tugas,

AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 9 2012/2013



Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: