Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Salam
dan selawat dilimpahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat
baginda.
Tanggal
31 Julai, maka genaplah setahun arwah Fatin Fasihah meninggalkan kita semua.
Sebak di dada tidak dapat di selindung saat mendengar perkhabaran tentang
pemergian Fatin untuk selamanya. Saya benar-benar tidak
menyangka arwah akan meninggalkan kita. Lebih dukacita lagi, ketika itu
saya berada di Malaysia. Tidak sempat untuk mengiringinya buat kali
terakhir. Namun, setiap perancanganNya pasti ada seribu satu hikmah yang
tersirat.
“Dan
setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai
ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Al-Imran: 145)
Pemergian
arwah merupakan satu tamparan buat kita semua. Al-fatihah. Semoga
arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh di sisi Allah.
Saya
bukanlah seorang yang sangat rapat dengan arwah tetapi sepanjang mengenali
arwah, arwah merupakan seorang kawan yang sangat menyenangkan orang lain dan
sentiasa memberi semangat kepada diri ini.
Teringat
kembali saat-saat arwah dimasukkan ke hospital, senyumannya tak pernah lekang
dari raut wajahnya.Walaupun dirinya tengah bergelut menahan kesakitan namun
arwah tetap cekal dan tabah membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
Walaupun dirinya tidak kuat melangkah, namun masih lagi menggagahkan diri untuk
menghadiri kuliah. Walaupun begitu banyak ubat yang harus diambil, namun arwah
tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak menelaah pelajaran. Ketabahan
dan semangat arwah banyak menginsafkan diri ini.
Arwah
fatin telah pergi tetapi kita masih disini menunggu giliran yang tidak pasti.
Mungkin hari ini atau mungkin esok. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia Yang
Maha Mengetahui. Siapa sangka Ramadan 2010 merupakan Ramadan terakhir buat
arwah. Oleh itu, kawan-kawan marilah kita menghargai setiap detik, setiap saat
Ramadan kali ini seolah-olah ini yang terakhir buat kita. Rebut dan hargailah
peluang yang masih ada. Semoga Ramadan ini dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan
kita kepada Allah supaya kita berjumpa dengan pencipta kita dengan bekalan yang
mencukupi. Jika diizinkan Allah, kita akan berjumpa di syurgaNya kelak.
InsyaAllah.
Kawan-kawan
, walaupun arwah tidak lagi bersama kita namun saya sangat berharap semoga
semangat arwah sentiasa bersama kita. Marilah kita menyambung perjuangan ini
dan memohon kepada Allah agar memudahkan segala urusan kita. InsyaAllah,
arwah pasti gembira jika kita semua berjaya.
Di
kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada kawan-kawan
yang dhur thani. Semoga kalian tabah . Ya, saya akui memang senang untuk
bercakap kerana saya tidak berada di tempat kalian. Tetapi satu perkara saya
sangat yakin, bahawa kalian adalah insan yang kuat kerana Allah memilih kalian untuk
dugaan ini. Yakinlah bahawa setiap dugaan atau ujian itu pasti ada ganjarannya.
Be strong! Doa kami sentiasa bersama kalian.
p/s: Selamat
meyambut Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga Gen 09. Pose
jangan tak pose ye =)
No comments:
Post a Comment