Monday, April 9, 2012

[Laporan] MASK 2012


MASK`12 : Minggu Ada Saya Kisah 2012
Nur Syafekar Bt Zaini
Setiausaha Gen09

Abou Risy, 4 April 2012 – Satu program telah dianjurkan oleh Unit Kebajikan dan dibawakan khas oleh Jawatankuasa Batch Gen 9 untuk semua ahli. Program ini telah diadakan dengan jayanya di Markas PERUBATAN Abou Risy yang melibatkan semua siswa dan siswi.

             Program ini telah berjalan selama lima hari bermula pada 31 Mac 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti pertandingan tazkirah dalam bentuk pantun, kempen 3S (Senyum, sapa, salam), secret admire(SA) terbaik,pertandingan gambar popular dan gambar terbaik serta trivia ahli.

             Acara kemuncak bermula dengan majlis perasmian penutupan program MASK pada malam 4 April. Majlis ini bermula sekitar jam 7.30 dan berakhir jam 10.30 malam. Saudara Afif Fahim bin Mohamad Dimyati telah membuka majlis dengan mengalunkan bacaan surah Al-Hujurat.
         
             Majlis disusuli dengan talk show yang bertemakan Ukhuwah Sampai ke Syurga yang dibarisi oleh ahli Gen 9 sendiri iaitu saudara Muizzuddin, Amir Fikri dan saudari Farahin. Talk show tersebut telah berjaya menarik perhatian ahli.
          
             Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah MASK, saudara Muhamad Faris bin Muhamad Asri. Beliau menekankan bahawa kerjasama antara ahli haruslah dipupuk bagi melancarkan sesuatu program. Di samping itu, pihak program juga telah menjemput tetamu khas iaitu saudara Faiz Azli selaku Timbalan Pengerusi Organisasi Universiti Kaherah(OPU). Dalam ucapannya, beliau menyatakan perasan kagum dengan ukhuwah yang terbina antara ahli Gen 9.


          Selesai ucapan perasmian penutup, majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program. Selain itu,para hadirin juga dikejutkan dengan persembahan istimewa gabungan ketua batch sesi tahun 1 sehingga tahun 3. Tidak kering gusi ahli dibuatnya.


          Menurut saudari Anis Safiah, “MASK sangat best. Programnya mantap cuma kalau lagi banyak aktiviti lagi seronok. Walaubagaimanapun, program ini terbaik”. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan daripada ahli dan berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

3 comments:

pesaka keris said...

thumb up !!

nisazaidan said...

terbaik ^^

FarFau said...

tahun depan kita buat lagi yer...(^_^)