Hadiqah Azhar , 13April 2012 – Pada Jumaat yang lalu , satu
program “Family Day SISWI” telah dianjurkan di Hadiqah Azhar . Program ini dianjurkan
dengan kerjasama Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) dan Biro Akademik Gen 09 .
Program ini melibatkan semua pelajar siswi Gen 09 .
Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan lagi ukhuwah
yang terjalin dalam kalangan ahli siswi Gen 09. Selain itu , program ini
bertujuan untuk memberi ruang dan
peluang kepada ahli siswi sendiri untuk mengisi masa hujung minggu dengan
riadah santai secara jemaah . Antara aktiviti yang diadakan adalah , “Explorace”
, “Pot Luck” dan juga penyampaian hadiah .
Aktiviti dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi . Namun
demikian , peserta-peserta telah hadir seawal jam 8.30 pagi . Sebelum memulakan
aktiviti , Pengarah program , Saudari
Aimi Syahirah binti Serba Jalil memberikan penerangan ringkas kepada semua
peserta tentang cara permainan . Selain itu , beliau turut mengingatkan semua
peserta agar menjaga keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung . Sebelum
aktiviti dimulakan , peserta diberikan “tag” khas yang dipakaikan di
pergelangan tangan . Peserta juga diingatkan agar menjaga “tag” tangan tersebut
sebagai amanah . Tepat jam 9.30 pagi aktiviti bermula .
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti “Explorace” . Dalam
aktiviti ini , peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan . Setiap kumpulan
membawa imej tersendiri berdasarkan warna pilihan kumpulan masing-masing . Antara
kumpulannya adalah , Kumpulan Tiger , Kumpulan Pororo , Kumpulan Zinnirah dan
Kumpulan Humairah .. Setiap kumpulan dikehendaki untuk pergi ke semua “check
point” untuk mendapatkan klu terkumpul dan klu untuk ke “check point”
seterusnya . Namun , untuk mendapatkan klu misi, setiap kumpulan perlulah
melepasi ujian yang telah disediakan di setiap “check point” tersebut . Bukan
itu sahaja , setiap kumpulan juga perlu untuk menjawab beberapa soalan “trivia”
sebelum dapat memulakan ujian yang telah ditetapkan . Soalan “trivia” yang
diberikan adalah soalan berkaitan fakta perubatan.
Setelah berjaya menamatkan aktiviti di setiap “check point”
,setiap kumpulan dikehendaki berkumpul di “check point” terakhir dan
menyelesaikan misi khas yang diberikan . Misi terakhir tersebut adalah meneka
siapakah pengkhianat dalam kumpulan mereka berdasarkan klu misi yang berjaya
diperoleh di setiap “check point” .Aktiviti “Explorace” berakhir dengan setiap
kumpulan perlu meneka siapakah talam dua muka dalam kumpulan mereka .
Misi kumpulan pengkhianat pula adalah menggagalkan setiap
ujian di setiap “check point” sekaligus menggagalkan kumpulan mereka untuk
mengumpul klu misi . Selain itu , mereka
juga perlu mendapatkan “tag” tangan yang bertanda merah di bahagian belakang “tag”
daripada mana-mana ahli kumpulan mereka yang mempunyainya .
Sementara menunggu pengumuman pemenang , semua peserta telah
sama-sama menjamu selera . Usai sahaja jamuan makan , upacara penyampaian
hadiah berlangsung . Dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada AJK
Pelaksana yang terlibat . Majlis diteruskan lagi dengan membongkarkan identiti
sebenar pengkhianat-pengkhianat dalam setiap kumpulan . Semua peserta rata-rata
terkejut setelah identiti mereka dibongkarkan . Namun , ada juga kumpulan yang
telah berjaya meneka dengan tepat siapakah pengkhianat kumpulan mereka . Seterusnya
, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya . Kumpulan
Zinnirah dan Kumpulan Humairah masing-masing menerima hadiah saguhati . Naib
juara pula disandang oleh Kumpulan Tiger . Manakala juara pula digondol
oleh Kumpulan Pororo . Penyampaian
hadiah diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori kumpulan
“awesome” . Bagi kategori ini , pemilihan adalah berdasarkan penilaian daripada
pihak Pengarah , Timbalan Pengarah serta AJK Pelaksana . Kumpulan Tiger yang
merupakan naib juara keseluruhan telah berjaya dinobatkan sebagai kumpulan
paling “awesome”.
[ SISWI GEN 09 ]
Aktiviti tamat sekitar jam 1 tengah hari dan diakhiri dengan
sesi fotografi . Meskipun keletihan , semua peserta berasa amat gembira dengan
program yang dianjurkan .
Walaupun program seperti ini julung kali diadakan , namun
program ini sedikit sebanyak membantu mengeratkan lagi ukhuwah yang sudah terjalin dalam kalangan ahli siswi
Gen 09 . Diharapkan agar program sebegini akan diadakan lagi pada tahun akan
datang .
Disediakan oleh,
Nur Alyaa binti Abdul Majid
No comments:
Post a Comment