Tuesday, April 5, 2011

AHEAD


AHEAD (Awaken 1 HEart, 1 Aim & 1 Destiny)
penulis : zulfatunnur



Mengimbau kembali detik dua tahun yang lalu, selepas sahaja keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pasti ramai yang  buntu dalam memilih haluan untuk  menyambung pengajian di peringkat tinggi. Namun perancangan  ALLAH itu cantik, maka telah disatukan hati kita untuk memilih bidang perubatan ke timur tengah sebagai medan menimba ilmu.
Langkah pertama di atur rapi,
International Education Center (INTEC) tempat permulaan,
Ikatan ukhwah mula bersemi,
Moga kekal dalam peliharaan.
           
Di INTEC segala-galanya bermula, kita sama-sama belajar untuk hidup berdikari, maklumlah sebelum ini ada yang tak pernah duduk asrama. Kita ditemukan dengan pelbagai ragam manusia, ada yang jenis tak banyak bercakap, ada yang ramah terlebih, ada juga yang jenis semangat berkobar-kobar. INTEC adalah tempat dimana ukhwah antara kita gen-09 bermula walaupun waktu itu ada antara kita yang tak begitu rapat. Setelah tiga bulan lebih  membuat persedian di INTEC, akhirnya saat yang ditunggu-ditunggu tiba juga, kita akan diterbangkan ke negara pilihan kita iaitu Mesir.
            Tanggal 14 September 2009, tarikh keramat yang pasti akan tersimpan kemas dalam memori. Macam-macam rasa bercampur baur menjadi satu, rasa teruja untuk menjejakkan kaki ke negara orang  buat kali pertama, juga pada masa yang sama sedih untuk meninggalkan keluarga tercinta di tanah air. Tapi inilah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan untuk memenuhi kewajipan menuntut ilmu yang merupakan tuntutan fardhu kifayah.
Bumi Mesir bumi barakah,
Kiblat Ilmu nama julukannya,
Mengajar kami tanpa lelah,
Erti hidup yang tinggi nilainya.

            Bumi anbiya ini banyak mengajar kita erti hidup. Setelah hampir dua tahun disini, kita diibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat rapat. . Dulu kawan yang biasa-biasa sahaja sekarang dah jadi kawan penghibur lara. Dulu tak pernah bercakap, sekarang dah jadi geng sekepala. Tak wujud lagi jurang antara kita semua, disini kita sama sahaja. Susah senang kita tempuhi bersama kerana kita tahu yang kita tak punya siapa-siapa lagi yang boleh diharap melainkan sahabat-sahabat yang ada.  Ukhwah yang terjalin antara kita bagaikan langit yang utuh berdiri, tak pernah goyah walau bumi bergoncang.         
Ikatan ukhwah yang wujud ini menyebabkan aku jadi lebih bersemangat untuk mengejar cita-citaku iaitu untuk menjadi doktor yang sedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan juga negara. Kerana apa? Kerana aku tahu aku mempunyai sahabat-sahabat yang juga mempunyai hadaf yang sama, berkongsi impian yang sama dan juga mahu menuju ke destinasi yang sama.. Dan aku juga pasti mereka tidak akan membiarkan aku terkapai-kapai keseorangan dalam melalui mehnah-mehnah yang mungkin akan melemahkan semangatku. Jadi buat sahabat-sahabatku marilah kita berpimpin tangan untuk sama-sama  menuju matlamat dan tujuan yang kita kongsi bersama agar ia dapat direalisasikan. 
Satu impian dikongsi bersama,
Tanpa ragu terus melangkah,
Sorakan semangat kuat bergema,
Destinasi dituju terasa mudah.

  
sNsH GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

6 comments:

Anonymous said...

saya suka post ni..
tapi nampak cm tergantung..
habiskan la..

p/s:sape penulis ni ek??

Naqıyan Anıs said...

wan nurhidayah kot zulafatunnur ni.
maaf kalau silap.

husna said...

berpimpin tangan hingga ke syurga, jom! :D

Anonymous said...

jom2....
sama kita menegur kerana manusia itu mudah lupa.
mari tuju ke destinasi yg abadi di sana bersama2.

nisazaidan said...

like 1000x :D

mamat poyo said...

gaya penulisan yang menarik dan berbagai-bagai
cuma penekanan isi dan kaitan dengan tema boleh diperbaiki
bagus !