Monday, March 17, 2014

Adakah anda dilindungi?


INSURANS vs TAKAFUL

”Kecederaan Boleh Berlaku dan Penyakit Boleh Menyerang Tanpa Sebarang Amaran”.


Insurans…

Insurans boleh didefinisikan sebagai satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah. Perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka.
Bagaimanakah insurans berfungsi?
Dengan sedikit bayaran premium bulanan, sesebuah syarikat yang berlesen akan menggantikan barangan yang telah dimusnahkan atau dirosakkan asalkan kerugian tersebut memenuhi syarat- syarat untuk permohonan insurans. Dengan ini, anda dapat mengurangkan kerugian seandainya sesuatu peristiwa yang negatif berlaku. Namun begitu, peristiwa tersebut perlu berlaku dalam tempoh insurans dan memenuhi had minima jumlah ganti rugi insurans.

JENIS- JENIS INSURANS
1.    Insurans hayat (melindungi anda dan nyawa anda terhadap risiko- risiko seperti kematian awal, jangkitan penyakit, kecacatan serta rawatan di hospital.)
-    Sepanjang hayat
-    Hayat penggal
-    Pembiayaan
-    Hubungan pelaburan
-    Perubatan dan kesihatan
2.    Insurans am (melindungi anda terhadap kerugian sebagai akibat pencurian ataupun
kerosakan aset anda.)
-    Kenderaan
-    Rumah
-    Perjalanan
-    Barangan persendirian

Takaful…

Takaful boleh didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta jika diperlukan di mana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'. Konsep yang digunakan berdasarkan tabarru' iaitu dalam bahasa arab bermaksud derma secara ikhlas. Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah.

Secara umum, terdapat 3 jenis takaful:
1.    Takaful rumah
2.    Takaful kenderaan
3.    Kemalangan persendirian

Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir(judi) dan Gharar(ketidakpastian). Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat insurans adalah haram.


Senarai syarikat Takaful dan ranking kecekapan mereka pada dua tahun yang lepas:-

1- Etiqa Takaful Sdn Bhd
2- Syarikat Takaful Malaysia Berhad
3- Takaful Ikhlas Sdn Bhd
4- HSBC Amanah Takaful Malaysia Sdn Bhd
5- Prudential BSN Malaysia Berhad
6- MAA Takaful Berhad
7- CIMB Aviva Takaful Berhad
8- Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
9- AIA AFG Takaful Sdn Bhd
10- Great Eastern Takaful Sdn Bhd(cimok jordan al-bantingi keje sini hah)
11- ING Public Takaful Ehsan Berhad
12- AmFamily Takaful Berhad.

*para ulama berbahas panjang psl hukum insurans. Maaf krn sekadar menyunting artikel2 di internet.
*sape b’minat nk jd agen or beli insurans utk org t’sayang boleh pm. Kasi sailang itu proudwear…muahahaha

Penulis- Zubair Zukeri
Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

Anonymous said...

atas tulis hukum perniagaan insurans haram,

tapi kenapa akhi zube promote kat bawah siapa nak beli insurans, pm dia

-peace no war-