Saturday, May 25, 2013

Contengan Melepas Lelah


Contengan ini boleh dibaca selepas penat study .
Insya Allah, ada 2 kisah yang akan kita perikan kepada pembaca budiman sekalian.
Adapun kisah ini diperikan oleh ayah dan ibu kita sendiri. Kisah ini tidaklah muktabar tetapi sarat pengajaran.

Kisah 1

Diceriterakan bahawa harimau dan kucing bersahabat baik tidak lama dahulu. Si Kucing bermisai lurus, berbulu putih dan berekor panjang, tetapi comel dan gebu. Sang  Harimau pula mirip seperti kucing tetapi lebih besar dan berwarna oren belang hitam. Sang Harimau juga berkuku tajam dan dilihat seram. Mereka sangat akrab dan saling menyayangi satu sama lain. 

             Mengikut riwayat, harimau ini cetek ilmunya dan malas belajar. Tidaklah dia tahu berburu. Selama ini dia hanya makan tikus yang diburu oleh kucing. Tidak dapat digambarkan berapa ekor tikus yang perlu diburu kucing untuk memenuhi selera harimau. Namun Kucing tak pernah mengeluh, kucing itu  ikhlas melakukannya tanpa mengungkit perihal harimau di laman sosial kepada haiwan-haiwan lain.



 Suatu pagi yang tidak berapa nak panas dan tidak pula mendung, datang harimau kepada kucing. Harimau mengkhabarkan hasrat untuk belajar berburu. Seperti akan harimau itu buang tebiat rupanya. Kucing bersetuju untuk menjadi guru berburu kepada harimau. Kucing percaya bahawa haiwan boleh berubah. Kalau jahiliahnya pakai terdedah, selepas berubahnya pakai purdah. Itulah trend semasa di hutan itu.

Kucing mengajari harimau kemahiran untuk mengintip mangsa dari balik semak-semak dan mengajarkan kesabaran dan waktu yang tepat untuk mengejar mangsanya. Harimau belum mewarisi ilmu kesabaran yang diajarkan oleh kucing. Harimau dikenal cepat sekali naik darah. Namun kucing tetap sabar dalam mengajar. Ia sekadar merintih dalam hati sahaja.

Berkat kesabaran kucing dalam mendidik harimau, akhirnya harimau berhasil juga  menguasai jurus berburu yang ampuh warisan dari kucing. Sekarang tak pernah sekalipun Harimau gagal dalam memburu mangsa di hutan tersebut. Kalau orang sekarang sebut ia sebagai ‘practice makes perfect’. Setiap hari ia mempamerkan keahliannya kepada kucing.

Arakian kehebatan harimau. Waktu terus berlalu beberapa purnama. Semakin lama harimau menjadi sombong dan takbur, sehingga ia digelar terrorist. Kalau dulu harimau membunuh kijang dewasa untuk makan, sekarang ia telah berani membunuh anak kijang atau rusa hanya untuk kesenangan saja, keamanan dan ketenteraman hutan menjadi terganggu. Pembaca budiman sekalian, tidaklah Allah suka hambaNya yang sombong dan takbur.

Sehinggalah suatu petang, datang iblis membisikkan sesuatu kepada harimau dalam mimpi ketika ia tidur selepas Asar.

“Hai harimau, bangunlah kamu! Pergi bunuh kucing sahabatmu itu. Dia akan menghalang engkau daripada menjadi Raja Rimba.” Bisik iblis.

Terpisat-pisat harimau bangun dari tidur. Dia terus bergerak ke rumah kucing. Jiwa tamak untuk menjadi Raja Rimba dan hasutan iblis membutakan mata hati harimau. Dia nekad untuk membunuh kucing, seekor sahabat dan seekor guru.
                
              “Aku akan membunuhmu!!!!!, aku harus menghancurkan siapapun yang menghalangi langkahku untuk menjadi penguasa hutan ini. Grrrrggghhhh!!!!!”.  Kemarahan Harimau semakin memuncak.

“HHHHmmmmhhhh… Kau benar-benar berubah sekarang muridku, sedarlah muridku…..”.  Jawab Kucing itu mencuba menenangkan muridnya.

“Ah, dasar kucing tak tahu di untung!!!!!!  Aku akan membunuhmu……………!!!!!”.  Harimau segera memasang kuda-kuda dan menerkam gurunya.

Kucing tak kalah sigap, dengan secepat kilat ia segera menghindar dan melompat ke atas pokok. Malangnya, harimau tak pandai panjat pokok. Ia hanya mampu melihat. Harimau menunggu di bawah dan mengaum keras, menahan segala rasa marahnya.




 Akhirnya setelah sekian lama menunggu, harimau itu pancit juga. Dia pun beredar dari situ kerana hari hampir maghrib. Tidak mahu ia digelar syaitan yang merayap di waktu maghrib oleh penduduk hutan yang lain.

“Hai kucing tak tahu diuntung, aku pasti akan membunuh kau jika aku jumpa kau lagi selepas ini.” Ujar harimau lalu beredar pulang.

Setelah harimau beredar, dengan penuh kesedihan dan luka hati yang dalam kucing itu pergi meninggalkan hutan itu menuju ke pinggir hutan. Kini kucing lebih gemar tinggal di kawasan bandar. Takut-takut ia terserempak dengan harimau. Sejak itu juga, kucing akan mengambuskan najisnya dengan pasir selepas menunaikan ‘hajat’. Dibimbangi akan dihidu harimau.

Tamat

Adapun kisah 2 akan bersambung.  Izinkan kita sambung study dulu. Ambillah pengajaran jika ada. Tiada daya kita nak senaraikan satu-satu.

Karya: Ahmad Kamil Ahmad Fahmi
                                                            


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Friday, May 24, 2013

[KENYATAAN RASMI] PEMBUBARAN JAWATANKUASA BATCH GEN09 SESI 2012/2013





No. Rujukan: GEN09 01/01/05-X 04/2012/13(10)
Tarikh: 24 Mei 2013



Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah dengan berlangsungnya penyerahan kuasa kepada Ketua Batch bagi Jawatankuasa Batch sesi 2013/2014 di Jamuan Akhir Tahun yang bertemakan WeChat (We Care, We Cherish, We Unite) semalam, maka secara rasminya Jawatankuasa Batch 2012/2013 dibubarkan.

Saya mewakili jawatankuasa batch bagi sesi 2012/2013 memohon beribu-ribu kemaafan dan keampunan seandainya sepanjang perkhidmatan kami, masih ada hak-hak sahabat sekalian yang belum tertunai dek kerana kelemahan dan kekurangan daripada pihak kami.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada calon yang telah memenangi pilihan raya tahun ini. Semoga kalian bersedia dan bersemangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kami berharap kalian dapat memandu batch kearah yang lebih baik dan sentiasa menjaga kepentingan ahli dari segenap aspek. InsyaAllah saya yakin seluruh  warga Gen 09 akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kalian.

تَعۡلَمُونَ وَأَنتُمۡ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَتَخُونُوٓاْ وَٱلرَّسُولَ ٱللَّهَ تَخُونُواْ لَا ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يَـٰٓأَيُّہَا
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
(Surah al-Anfal 8:27)

Bagi mereka yang tidak berjaya, yakinlah bahawa anda telah ditakdirkan dengan sesuatu yang lebih baik. Anda tidak kalah cuma belum tiba masanya lagi.

Akhir kalam, saya mendoakan agar kita sama-sama fokus dan tekun untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Moga-moga kita semua dipermudahkan oleh Allah  untuk melepasi ujian ini dan berjaya naik ke tahun yang seterusnya, biiznillah.  Walaupun begitu, dalam kesibukan kita berusaha, saya mengharapkan agar sahabat sekalian sentiasa memberikan keutamaan kepada hubungan kita dengan Maha Pencipta  dan tidak dilupakan juga hubungan kita sesama manusia khususnya ahli beit.

Wallahu a’lam.


Yang menjalankan tugas,

AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 sesi 2012/2013



NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
Timbalan Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2012/2013


Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

[JPR'13] KEPUTUSAN PILIHAN RAYA GEN09 2013



IMBAS KEMBALI PILIHAN RAYA 2013

28 April - Pengumuman Syarat dan Peraturan Pilihan Raya
30 April - Sesi Pencalonan
31 April - Pengumuman Calon & bermua Tempoh Berkempen (10 hari)
12 Mei  - Pembuangan Undi (Hari Pertama)
13 Mei  - Pembuangan Undi (Hari Kedua)

*Dua kes telah berlaku di mana penyokong ada menggunakan kata-kata yang tidak disenangi. Tindakan telah diambil terhadap perkara tersebut.


PERKARA YANG BARU/PENAMBAHBAIKAN DARIPADA TAHUN LEPAS

1. Perubahan jawatan yang dipertandingkan (Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch I & II)
2. Pelantikan seorang daripada ahli Gen09 untuk memberikan Khidmat Grafik kepada JPR'13   supaya kualiti bahan yang dikeluarkan terjamin.
3. Aktiviti Rapat Umum (pelobian) dijalankan bagi peringkat siswa.
4. Memperkukuhkan komponen tazkirah dan pengisian di dalam kelas bersempena dengan pilihan raya (namun pengisian di alam maya terkurang)
5. Gambar calon-calon untuk poster rasmi adalah formal atau seragam.


JAWAPAN KEPADA MAKLUMBALAS YANG DITERIMA

Q: Adakah JPR bawah KB atau PERUBATAN?
A: Anggota JPR berada di bawah Ketua Batch. PERUBATAN tiada sebarang campur tangan dalam pemilihan anggota JPR.

Q: Siapakah yang melantik mereka?
A: Anggota JPR dilantik oleh 4 orang ahli tertinggi Jawatankuasa Batch iaitu Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch, Penolong Ketua Batch I & II.

Q: Saya rasa ada tangan-tangan yang mengawal senarai calon.
A: Nama-nama yang diterima daripada proses pencalonan ditapis oleh Panel Penilai yang terdiri daripada 6 orang: Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch, Penolong Ketua Batch I&II, Pengarah dan Timbalan Pengarah JPR). Mereka akan melihat sebarang ralat yang boleh berlaku dalam pencalonan tadi. Secara amnya, 2 orang calon tertinggi akan diambil untuk setiap jawatan MT dan 8 orang tertinggi akan diambil untuk jawatan AJK.

STATISTIK PENGUNDIAN

Jumlah pengundi: 108 orang (46 lelaki, 62 perempuan)
Jumlah yang mengundi: 104 (43 lelaki, 61 perempuan)
Peratusan: 96%

KOMENTAR
Jawatan Setiausaha (siswi) dan Bendahari (siswi) adalah pertandingan yang hangat di mana kemenangan dengan majoriti yang sedikit. Ini bermakna keempat-empat calon adalah layak untuk jawatan itu.=)

KEPUTUSAN SISWA




KEPUTUSAN SISWI



Disediakan oleh,
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya Gen09 (JPR) 2013.



Jumpa lagi tahun hadapan!
"Jujur, Pragmatik, Respektif"


Video keputusan pilihan raya
Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Saturday, May 11, 2013

PRU 13


Bismillah Wal Hamdulillah
kita berjumpa lagi dalam edisi brainwash bersama aku
dalam masa sebentar lagi aktiviti berkempen perlu dihentikan
jadi tibalah masanya untuk aku memunculkan diri
memberi pandangan yang jelas sebab aku bukanlah seorang yang rabun [haha]

pilihanraya batch kali ini rasanya antara yang terhangat dalam banyak pilihan raya yang sebelum ini
jadi sukalah kiranya aku untuk turut serta menghangatkan suasana pilihanraya kita kali ini

banyak jawatan yang akan dipertandingkan kali ini
kalau sifat malas aku tak merebak,
aku akan memberi ulasan kepada setiap jawatan yang perlu diundi oleh siswa

bermula dengan ketua batch
kalau kiasan itu boleh digunakan
aku nampak sifat Ikram ini seakan-akan sama dengan sifat ustaz Azizan bekas Menteri Besar Kedah [doakan beliau yang baru menjalani pembedahan]
tegas, rajin bekerja, mendahulukan yang lain sebelum diri
tidak dinafikan akan ada yang kurang menggemari sifat tegas itu
hanya selepas kehilangannya barulah kita menyesali penolakan kita terhadap sifat tegas yang tadi
tegas ini berkait rapat dengan disiplin diri
rajin bekerja dan mementingkan orang lain itu tidak ingin aku ulas
kerana pembuktiannya sudah cukup banyak
International Day, PSMB, Saadah, liga JPA baru-baru ini dan beberapa lagi
kalau tak silap saya hampir semua tugasan ini bersifat last minute diberikan kepada ikram
and he still delivers good result
cumanya mungkin teknik diplomasi dia boleh diperhalusi

afiq on the other hand seperti dato saifudin abdullah
tenang perwatakannya, agak panjang akalnya, sanggup melawan arus untuk menyatakan pendapat
afiq has his own train of thought which produce good result and he doesn't fear to make his voice heard
dalam i-FEST selaku ajk pengisian dia berjaya membawa aktiviti yang mungkin agak cliche dan bosan menjadi sesuatu yang rejuvenating
dan aku percaya untuk membuat keputusan tersebut mesti ada bangkangan daripada yang lain
but he still prevail
dia mungkin akan menghadapi kesukaran kalau menang akibat title pelajar G2Gnya di kemudian hari
and he sometimes loses his interest a bit quick but this can be solve easily

TKB,
zubair zukeri dan faris asri@is faris
zuber sudah beberapa kali terlibat dalam MT batch
kali pertama semasa menggantikan kamil sebagai setiausaha pada tahun 2
seterusnya mengekalkan jawatan tersebut dalam pilihanraya yang sudah
his experiences in MT is really valuable as both of the KBs never held a position in MT batch
he is silent but deadly

faris sangat terkenal
aktif dalam dunia maya terutamanya dalam isu politik
pernah memegang jawatan ajk kebajikan, kemudian naik menjadi bendahari
pengalamannya pun banyak
ini mungkin akan menjadi salah satu jawatan yang akan melihatkan persaingan yang hebat

setiausaha
nizam dan muzammil
nizam adalah antara ahli GEN09 yang berbakat membuat video
anybody can be a secretary but just a handful can make a good video
nizam can go further in video making field if he doesnt have burdens on his shoulder

muzammil
dah ada jawatan dalam biro setiausaha, pernah jadi OPU
banyak kerja boleh disynchronizekan
cuma adakah dia mempunyai pengaruh dalam kalangan GEN09 ?

bendahari
syiham dan shahir
shahir satu-satunya bekas KB yang masuk bertanding
jadi ketua batch really wears you out
[kasihan juga dekat dia haha]
dia mempunyai legasi tersendiri
manakala prestasi semasa syiham selaku ajk akademik agak baik
tetapi cukupkah itu menjadi modal untuk melawan shahir the giant ?

ajkt-ajkt lain

zubair jamil ada potensi besar
result exam pun gempak
jawatan ajkt ini boleh mengembangkan potensi dia
pilihlah mereka yang boleh berikan yang terbaik untuk batch ini
aku sangat berharap KeDIK akan jadi lebih mantap di masa depan
risau juga kalau jawatan ajkt akan mengganggu penglibatan acap dalam Kedik
yang lain pandai-pandailah
nak video sedap kenalah pilih yang pandai buat video [hahaha]
nak aktiviti luar yang power pilihlah mamat yang athletic [>.<]

tkb akhawat ada dua aisyah
aku tengok mood akhawat agaknya
siapa yang selalu berkempen aku undilah
aku bukan kenal sangat pun akhawat
[ayat bajet tsiqah kahkahkah]

p/s:
harap-harap yang menang ini nanti tak macam aku
cakap lebat
kerja tak buat


sekian hasutan daripada aku

beruanglegend GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Thursday, May 9, 2013

[JPR'13] POSTER INDIVIDU CALON SISWA PILIHAN RAYA GEN09 2013



Calon Ketua Batch







Calon Timbalan Ketua Batch I


                         


Calon Setiausaha




Calon Bendahari




Calon Ahli Jawatankuasa










Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Monday, May 6, 2013

[JPR'13] POSTER CALON AJK PILIHAN RAYA GEN09 2013




Calon Siswa



Calon Siswi


Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Jauhar - Ikhtilat atau Muamalat (Mei/2013 Edisi 20)




Assalamualaikum w.b.t
Harap semua warga GEN09 berada dalam keadaan sihat sejahtera.Bagaimana pula dengan iman kita hari ini? Moga-moga segala amal yang kita lakukan akan membantu menambahkan iman kita, Insya Allah. Pada edisi kali ini, kami ingin mengetengahkan isu yang kadang kala dipandang enteng oleh sesetengah pihak iaitu “ Ikhtilat Atau Muamalat?”.Antara objektif yang cuba dicapai pada edisi kali ini antaranya ialah :
1. memberi penerangan yang lebih berkesan berkaitan isu ikhtilat
2. meningkatkan kesedaran bagi menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan
3. memperkasakan biah solehah dalam kehidupan seharian
Besarlah harapan kami agar edisi kali ini dapat memberikan pencerahan berkenaan isu ikhtilat ini. Jadi bersempena dengan pilihanraya GEN09 dan juga PRU13, walau siapa pun calon pilihan kita,pastikan agar kita tidak lupa akan kewajipan kita sebagai seorang muslim dan sentiasa memastikan ukhuwah kita berkekalan..buatlah pilihan yang bijak.

Selamat mengundi!


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

SIRI-2 KEMPEN JOM UNDI AISYAH AINA - 'APA KATA MEREKA'


Assalamualaikum

Selamat pagi warga gen09 sekalian.

'Memandu Warga Gen09 Ke Arah Produktiviti yang Optimum'

seperti yang dijanjikan
kini tiba masa kempen siri-2
Jom pangkah Aisyah Aina
Untuk itu, mari kita dengarkan sedikit sebanyak
pendapar warga gen09 tentang Aisyah Aina
layann~


Pendapat siswi



























Pendapat siswa



Jadi, apa tunggu lagi
Each vote counts!

Saya akhiri kempen siri-2 dengan serangkap pantun

Mari lupakan segala sengketa
Kita mulakan pagi yang ceria.

peringatan untuk hari lusa,
jangan lupa, pangkah Aisyah Aina yang berwibawa.


Nantikan kempen siri-3~


~Team Jentera Aisyah Aina~



nisazaidan GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Saturday, May 4, 2013

"Terima kasih editor!"


Bismillah.

In-syaAllah kali ini,
rasa terpanggil untuk berkongsi sebuah komik, Bakuman. >_<
Komik ini berkisar tentang dua orang kartunis muda, Mashiro sebagai pelukis dan Takagi sebagai penulis skrip.

Pakcik Mashiro adalah seorang kartunis,
maka dia lebih tahu selok-belok kerjaya seorang kartunis profesional.

Di awal penglibatan mereka dengan syarikat Shonen Jump (syarikat komik terbesar di Jepun),
seorang editor diperlukan untuk mereka memulakan langkah awal menempa nama dalam bidang ini.

Maka, Mashiro bercerita kepada Takagi tentang sebuah kisah mengenai seorang kartunis dan seorang editor.


Sila baca dari petak kanan ke petak kiri.








"The manga I ran through the shredder was interesting, but I though if I didn't praise you you'd get even better, so I just acted on impulse."

And the mangaka thanked him.


*****


"Pi, kau tau kan aku dah bertunang?"

"A'ah. Tau je. Aku kan stalker."

"Sebenarnya, plan aku, tahun 6 nanti nak kawen."

"Tapi?"

"... Tau tau je ada "tapi". =__="  
Tapi, aku dah putus la dengan tunang aku tu."

"La... Kenapa?"

"Tunang aku tu lari dengan bangla."

"... Takpe Mat, bersyukurlah."

"Aik? Kenapa nak bersyukur plak? Kecewa kowt. Tunang aku tu dahlah baik, pandai masak nasi goreng belacan, comel pula tu."

"Yup, bersyukurlah, Allah dah tunjukkan yang tunang kau tu walaupun dia baik tapi bukan dia yang terbaik untuk kau."


(Lepas tu, Mat dapat zaujah yang solehah, pandai masak nasi goreng pattaya dan lagi comel dari bekas tunang dia.)


*****


Sebenarnya,
entry ini bersempena dengan JPR `13 dan PRU-13 kali ini. =__="

Adat bertanding,
ada kalah ada menang.

Mungkin kalian dah berusaha sedaya upaya untuk memenangkan pihak yang kalian inginkan,
mungkin kalian dah rasakan yang pihak yang kalian inginkan itu adalah yang terbaik buat kalian,
tapi, ditakdirkan, pihak yang kalian inginkan itu kalah.

Jangan bersedih.

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jangan fikir pihak yang paling baik itu adalah yang terbaik.
Boleh jadi Allah tangguhkan kemenangan pihak yang baik itu untuk dia menjadi lebih baik.
Boleh jadi Allah memenangkan pihak yang tak baik itu untuk Allah membuka ketidakbaikan dia.
Kan Allah editor hidup kita?
Tentu Allah aturkan apa yang terbaik untuk kita.
Bukan hanya yang terbaik bagi kita.

Walau apa pun keputusannya,
yang ditanya Allah hanyalah,

"apa usaha kamu untuk memenangkan pihak yang baik?"

In-syaAllah,
dalam setiap perkara,
imma baik, imma buruk,
ada hikmah di sebaliknya.
Macam cerita tunang lari dengan bangla tadi.

Walau pahit bagaimana sekalipun,
jauh di sudut hati,
ucaplah

"terima kasih editor!"
Macam kisah yang Mashiro ceritakan tadi.




Walau bagaimana sekalipun,
semoga Allah aturkan yang terbaik.



Selamat mengundi, warga Gen 09!





*p/s: kisah kedua hanyalah rekaan penulis. Harap maklum.
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

[JPR'13] POSTER CALON MT PILIHAN RAYA GEN09 2013




Calon Siswa



Calon Siswi


Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

Wednesday, May 1, 2013

[JPR'13] SENARAI PENDEK CALON PILIHAN RAYA GEN09 2013




Berikut adalah senarai nama calon bagi jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Batch Gen09. Susunan nama adalah mengikut abjad.

SISWA

KETUA BATCH
MOHAMED AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI
MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM

TIMBALAN KETUA BATCH I
MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI

SETIAUSAHA
MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMAD SALLEH
SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN

BENDAHARI
AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI
MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI

AHLI JAWATANKUASA
1.AHMAD BUKHARI BIN BAHARUM
2.AMIR FIKRI BIN ZULHILMI
3.AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
4.HAFRIDZ MURSHID AL-WAFI BIN SHAHIBUDDIN
5.HARSYAFIQ RAZAZWAN BIN ABDUL HARIS
6.MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD KAMIL
7.MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD 'ARIFF FADHILLAH
8.ZUBAIR BIN JAMIL


SISWI
TIMBALAN KETUA BATCH II

NURUL AISYAH BINTI MUDA
SITI AISYAH AINA BINTI ABDUL GHANI KANESSAN

SETIAUSAHA
NUR FATIN BINTI BAHARIN
SITI MARYAM BINTI SALEHUDDIN

BENDAHARI
NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN
SITI 'AISYAH BINTI MOHD SARI

AHLI JAWATANKUASA
1. ANIS SAFIAH BINTI AZMI
2. BADRIYYAH BINTI HUSIN
3. MASTURA BINTI BUKHARI
4. NAQIYAN ANIS BINTI ABDUL RAHIM
5. NOOR AMALINA BINTI ABDUL RAHMAN
6. SITI NURBANI BINTI MD HASSAN
7. SITI SHAHIRAH BINTI JAMIL
8. WAN NADZIRAH BINTI WAN HASSAN


Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

[JPR'13] PENGENALAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA GEN09 2013



Assalamualaikum w.b.t

Selamat sejahtera kami ucapkan kepada semua ahli Gen09. Di sini kami akan memperkenalkan kepada anda Jawatankuasa Pilihan Raya Gen09 (JPR), yang mengendalikan pilihan raya untuk Jawatankuasa Batch Gen09.

PELANTIKAN
Semua anggota JPR adalah dilantik oleh Majlis Tertinggi Jawatankuasa Batch. Enam orang anggota JPR perlu dipilih mengikut garis panduan yang ditetapkan. JPR bernaung secara terus di bawah Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch.

OBJEKTIF
  a) Menyediakan pelaung untuk ahli batch memilih pemimpin yang berkelayakan.
  b) Meningkatkan kesedaran ahli batch akan kepentingan kepimpinan dan tanggungjawab.
  c) Membuka peluang kepada ahli batch yang terpilih untuk belajar berorganisasi dan menambah kemahiran
  d) Memberi kesedaran tentang proses demokrasi dan konsep syura.

MOTO

"JPR - Jujur, Pragmatik, Respektif"

  Jujur         - Kerja akan dilaksanakan dengan amanah, jujur dan telus.
  Pragmatik  - Gerak kerja yang mapan ifdan praktikal
  Respektif   - Kerja ini milik bersama, jaya atau gagalnya bergantung kepada komitmen semua ahli batch.

CARTA ORGANISASI JPR'13















BIDANG TUGAS ANGGOTA JPR GEN09

Pengarah & Timbalan Pengarah
    a) Mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Gen09
    b) Menguatkuasakan etika dan peraturan pilihan raya sepanjang proses pilihan raya.
    c) Menjadi ahli kepada Panel Penilai Pilihan Raya sebagai wakil JPR.

Setiausaha I & II
    a) Mencatat minit mesyuarat dan segala perbincangan rasmi Jawatankuasa.
    b) Menjalankan kerjasama dengan Setiausaha Jawatankuasa Batch dalam segala urusan   berkenaan pilihan raya.
    c) Mencetak bahan-bahan daripada Jawatankuasa.

Penerangan & Kempen
     a) Memberikan penerangan kepada ahli berkenaan perjalanan dan teknikal pilihan raya.
     b) Menerangkan etika dan peraturan pencalonan, kempen dan pengundian.
     c) Menghidupkan suasana berkempen yang sihat dan kompetitif.
     d) Memastikan semua calon berkempen secara rancak.

Panel Penilai
    a) Penasihat kepada Jawatankuasa Pilihan Raya dalam penetapan peraturan pilihan raya.

KHIDMAT GRAFIK
    a) Tugas mereka adalah membantu JPR untuk menyediakan segala bahan grafik yang diperlukan sepanjang pilihan raya berlangsung.
    b) Mereka dilantik secara kontrak oleh JPR.
    c) Mereka tidak dikira sebagai anggota JPR dan tidak memasuki sebarang mesyuarat mahupun membuat keputusan bersama JPR.


JPR SEBELUM INI

2010 (Tahun 1)
Pengarah : Nazrin Safuan bin Nawang
  - Pilihan raya sebelum Gala Dinner Tahun 1.
  - Struktur dan gerak kerjanya menjadi asas kepada JPR sekarang.

2011 (Tahun 2)
Pengarah               : Ahmad Naufal bin Basri
Timbalan Pengarah: Nurhawa Illani binti Roslan
  - Syarat untuk layak menjadi calon AJK dan MT mula dirangka dan diguna pakai dalam pilihan   raya ini.
  - Calon AJK hanya untuk ahli yang tiada jawatan dalam PERUBATAN
  - Calon MT terbuka kepada semua ahli.

2012 (Tahun 3)
Pengarah               : Ahmad Shahir bin Mohamad Nazri
Timbalan Pengarah: Siti Shahirah binti Jamil
 - Memperkenalkan pengundian secara atas talian (online). Pencalonan masih dijalankan secara bertulis.
 - Memperkenalkan kempen secara rapat umum di mana penyokong diberikan ruang melobi calon.




Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.