Saturday, April 13, 2013

Ikhlas itu Subjektif



Pernah tak kita mengalami situasi seperti di bawah?

Nur: Nah, ambil nasi lemak ni, saya belanja awak hari ni
Siti: Eh, tak payah susah-susah la...mahal kot nasi ni
Nur: Takpe, saya ikhlas ni nak belanja awak

...............................................................................................................

Siti: Nur, saya nak minta maaf sebab susahkan awak semalam
Nur: Ni minta maaf ni ikhlas ke tak? Kalau tak ikhlas tak payah minta maaf ye

..................................................................................................................

Siapa kita nak menilai tahap keikhlasan seseorang apabila dia buat sesuatu perkara?
Ya, ikhlas itu subjektif dan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu ikhlas atau sebaliknya. Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan jika kita ikhlas, tak perlu untuk menyatakannya dalam perbualan kita. Cukup sekadar menyatakannya dalam hati dan bergantung kepada individu yang menerima itu untuk menilai perbuatan kita itu sebagai ikhlas ataupun tidak.

by: Wan Ira.
iekichan GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: