Sunday, March 10, 2013

Peraturan Pertandingan Semua Aktiviti [i-FEST 2013]


Bismillahirrahmanirrahim..
PERATURAN PERTANDINGAN 

A. Ultimate Genius

1 . Pengunaan sebarang bentuk bahan rujukan semasa kuiz berlangsung adalah TIDAK dibenarkan sama      sekali
2 . Ahli yang tidak menyertai acara ini tetapi berada dalam satu pasukan/rumah yang sama hanya dibenark membantu sebanyak 3 kali sahaja
3. Soalan yang tidak boleh dijawab akan dibuka kepada kumpulan lain
4. Terdapat beberapa nombor pilihan yang tidak mempunyai soalan, oleh itu, kumpulan yang bernasib baik yang telah memilih soalan tersebut, akan mendapat markah percuma tanpa perlu menjawab sebarang soalan
5. Pertandingan akan berlangsung melalui 2 sesi
6. Sesi 1 : siswa dan siswi diasingkan (peringkat saringan)
7. Sesi 2 : pemenang siswa dan siswi semasa saringan 1 berentap di final
8. MASA : seminit untuk satu soalan

B. Kaligrafi Islam 

1. Jenis khat yang digunakan terhad kepada khat nasakh, khat thuluth dan khat riq’ah.
2. Ayat khat berbunyi (ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK) (أصلح نفسك وادع غيرك ) 3. )
3.Karya bebas menggunakan media dan bahan yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing
4. Pengadilan dibuat berdasarkan:
• Kaedah dan keaslian seni khat
 • Kebersihan
 • Hiasan tepi atau zukhruf
 • Kreativiti
5. Segala keputusan juri adalah muktamad.
6.Peserta -2 Peserta setiap rumah
seorang Siswa,seorang Siswi

 C. Tilawah Al-Quran

1 . Peserta mestilah berwudhu’ dan berpakaian menutup aurat demi menjaga kesucian Al-Quran.
2. Peserta akan dihakimi oleh 2 orang juri (dan seorang juri jemputan).
3 . Peserta akan mengalunkan tilawah selepas mencabut undi 3 hari sebelum pertandingan berlangsung.
4 .Soalan tajwid akan ditanyakan selepas bacaan petikan ayat yang diberikan.

 D. GLEEMuslim 

1. Setiap kumpulan nasyid perlu membuat persembahkan sebuah lagu nasyid.
2. Lagu nasyid menepati tema yang diberikan. (rujuk bawah)
3. Persembahan lagu nasyid dilakukan dalam tempoh maksimum 10 minit.
4. Setiap lagu nasyid diikuti dengan penerangan kepentingan kandungan lagu (pemahaman lirik) sekurang-kurangnya 5 minit
5. Kreativiti persembahan diberi markah bonus.
 Tema :
 i) Palestin
 ii) Nikmat Iman/islam
iii) Pejuang islam (motivasi)
iv) Kehambaan (devotion)
v) Al-Quran

 E. Explorace [siswa] ; FutSuka [siswi]

Peraturan akan diberikan pada hari pertandingan

 F. My Sweety Tongue 
1 .Setiap pasukan perlu menghantar dua jenis makanan.
 2. Bagi ikhwah, biskut dan bagi akhawat, kek.
3. Jumlah hidangan mestilah mencukupi untuk ahli kumpulan itu sendiri dan untuk para juri. (25 pieces)
4. Tenaga kerja untuk setiap hidangan tidak dihadkan.
5. Kos bahan tidak disediakan oleh pihak penganjur.
6. Menamakan hidangan anda.

G. Lensa Dakwah 
1. Foto di hantar selewat-lewatnya pada 19Mac 2013 
2. Foto boleh diedit sesuka hati/tambah kata-kata untuk memberi significant
3. Foto perlu dihantar beserta slogan “Saya gembira menyertai I-FEST kerana.....” tidak melebihi 10 patah perkataan.
 4. Foto perlu dihantar beserta tajuk tidak lebih dari 3 patah perkataan
5.Kriteria pemarkahan adalah:
 • Aspek fotografi
 • Keaslian
 • Kreativiti
 • Slogan
 • Tajuk
 6. Foto yang ingin dipertandingkan perlu dipostkan di group FB Gen9.
 7. Tema : Dakwah dinamik/dakwah kreatif

 H.Seni Warisan

1. Penyertaan dihantar selewat-lewatnya pada 18 Mac 2013
2. Karya mestilah asli
3. Karya mengikut kreativiti peserta seperti sajak,pantun,gurindam,seloka,dll
4. Hasil karya perlulah dihantar kepada :
    Abul Akmal Arif - siswa
    Nur ‘Afifah Rahimi - siswi

Skop Tajuk :
 i) Generasi Y dan hedonisme
ii) Peranan Mahasiswa Islam
iii) Jalan tarbiyah
iv) Jihad dalam pembelajaran akademik (medical jihad)
v) Palestin
vi) Cinta kepada Illahi
vii) Cinta kepada Rasulullah SAW

 I. LISTEN! 

1 . Peserta mestilah berpakaian kemas dan menarik hati
2. Tazkirah hendaklah tidak melebihi 5 minit .
3.Tajuk tazkirah hendaklah berdasarkan buku/tajuk yang diberi . Boleh pilih mana2 yang berkenan di hati .
 4. Rakaman akan dibuat oleh pihak penganjur agar kebaikan isi tazkirah dapat dipanjangkan lagi
5. Skop tajuk/ rujukan untuk tazkirah:
 Bahan Tarbiyyah (Buku) -
 Aina Khalal
- Maalim fittarik
- Maza Ya’ni
- Hadis 40 1)

*Hidup saya ada mereka - Mustadh'afin Palestin , Syiria , Burma .
*Individu Muslim : Mutiara Pembina Ummah berkhalifah
*Peranan Doktor Muslim dalam Dakwah

Insya Allah,
bersamalah kita memeriahkan i-FEST 2013 dengan menyertai dan menyokong sahabat kita yang akan mewakili rumah masing -masing =D

Jom i-FEST!!
''Aslih Nafsak Wad'u Ghairak''
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: