Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tidurkah kita?
2011-1991
Cantik
bukan nombor di atas. Cuba anda tolakkan 2011 kepada 1991, pasti jawapannya begini
:
( 2011 –
1991 = 20 ).
Ya, inilah
waktu tahun dari mula kita bernafas sehingga tahun sekarang, sudah menjangkau
usia 20 tahun. Sedar atau tidak, sudah dua dekad sebenarnya kita menghuni alam
yang serba indah menikmati setiap nikmat kurniaan Allah yang hanya sekelumit
sahaja.
Dan baru-baru ini, belum sempat kering air mata kesedihan akibat
kehilangan arwah Fatin Fasihah Hanafi, kita dikejutkan lagi dengan pemergian
seorang sahabat kita, Ilham Elliani. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi. Berkenaan
peristiwa ini, mungkin sahabat sekalian boleh membaca nota Hilal Asyraf berkaitan kematian di dalam FB
beliau: “Cintakan Kematian. Dedikasi Buat Arwah.” Sungguh mendalam.
Setiap
barang yang dipinjam pasti akan dipulangkan pada pemiliknya. Allah pinjamkan
pada mereka berdua 20 tahun hidup di dunia kemudian kepadaNya mereka
dipulangkan. Dan 20 tahun mereka di
dunia insya’Allah membuat mereka bahagia di sana. Kebaikan mereka dicanang,
disebarkan kepada orang lain walaupun selepas tiada.
Kita ???
Sama
seperti mereka atau sebaliknya?
Mungkin
kerana itu Allah bagi kita masa.
Untuk
betulkan apa yang tidak kena.
Mana Milik kita?
Tapi
kebiasaannya kematian itu berakhir dengan tangisan bukan dengan mengambil
pengajaran. Dan begitu juga berlaku pada setiap masalah yang dihadapi, ramai
yang hanya merenggus dan merinitih.
“Merasa
senang atas kesenangan adalah senang.
Merasa
susah atas kesusahan adalah senang.
Tapi,
Merasa
senang atas kesusahan itulah yang sukar.”
Ya, itu
fitrah seorang manusia. Persoalannya, BAGAIMANA kita menghadapinya?
فَإِنَّ مَعَ
ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) (Surah Ash-Sharh:5-6)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) (Surah Ash-Sharh:5-6)
Indah bukan
ayat-ayat cinta yang Allah berikan kepada kita. Dua ayat ini antara kata-kata
semangat daripada Sang Pencipta kepada yang hamba-hambanya. Tapi kata-kata motivasi
ini juga yang kita sering lupa.
Hati ini
milik siapa sebenarnya? Milik orang yang dicinta atau milik yang Maha Mencinta. Sudah tentu ianya milik Allah. Jangan
letakkan masalah (kesedihan/kesusahan/kagagalan dll) di dalam hati, kerana
hanya Allah yang LAYAK dab BERHAK bertakhta di hati kita. Dan bukan sekadar
hati sahaja, tapi SEMUA.
Jadi, MANA
MILIK KITA?
“…maka jangan katakan pada Allah aku punya masalah,
tetapi katakana pada masalah aku punya Allah Yang Maha Segalanya..” – Saidina Ali bin Abi Talib
Gua insya’Allah boleh kerna…… gua ada ALLAH Yang MAHA
SEGALANYA !
Oleh itu,
ingatlah Allah setiap detik dan ketika. Itulah cara kita merungkai segala perit
dan derita. Dan membuatkan hati kita tenang bahagia sentiasa.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram. (Ar-Ra`d:28)
Cubalah “BE
POSITIVE”. Jadikan setiap masalah (kesedihan/kegagalan) bukan sebagai
penghalang tapi sebagai perangsang/motivasi menjadi lebih baik selepas itu.
Dan dalam
kehangatan bulan Muharram sebagai ‘musim hijrah’, marilah kita bersama berubah kepada yang
lebih baik. Daripada malas datang kelas (kuliah/tafaqquh), rajin-rajinlah pergi
ke kelas. Daripada membuang masa membuat perkara sia-sia, marilah kita penuhi
masa dengan perkara yang lebih berfaedah seperti membaca al-quran,
mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.
Arwah Fatin
Fasihah contohnya, telah menunjukkan kita contoh yang baik sebeum pemergiannya.
Kesungguhan, kecekalan dan semangat beliau dalam menuntut ilmu sehingga mampu
pergi oral exam yang terakhir walaupun sedang menderita penyakitnya menunjukkan
nilai-nilai yang baik dan perlu kita contohi.
Kita?
Amat
malulah kita kepada arwah Fatin Fasihah sekiranya kita yang sihat cergas tidak
pergi ke kelas kerana alpa dan leka, tidur lena dan hanya terjaga pabila matahari
naik tegak di atas kepala.
Maaf cakap.
Tapi sungguh, MALULAH KITA.
Sejak kecil
kita mendengar perkataan hijrah, ianya melahirkan TAHU. Dan kita
didedahkan kesan apabila sudah berhijrah, maka ia melahirkan MAHU. Hari
ini ada yang tahu tapi tidak mahu. Hari ini ramai yang mahu tetapi tidak tahu.
Insya’Allah, sekiranya tahu dan mahu disatukan maka ia akan menghasilkan MAMPU.
Saya yakin kita tahu, mahu dan mampu berhijrah. Selamat Berhijrah Sahabat.
4 comments:
dulu, tiap kali melawat fatin di hospital, jarang sekali melihat tangannya sunyi tanpa buku medic.
"ajarkan aku anat"
"tadi lec ajar ape weh??"
semangat belajar tak penah pudar walaupun masa tu dia tahu jangka hayatnya tidak lama.
dr di hospital pon kagum dgn kesungguhan fatin.dia pon pelik macam mana fatin boleh belajar sdgkan 0xygen level sgt sgtlah rendah..
=(
malulah pada diri sendiri yang dikurniakan kesihatan tapi tidak digunakan semaksima mungkin..
tq, nice post.
kpd penulis artikel ni,congrats sbb mungkin artikel ni tak dpt menyentuh hati sumer pembaca,tp ingatlah, mesti ader jugak yg TERKESAN DI HATI walaupon sorang dua.....
kalau boleh,teruskan menulis artikel2x mcm ni,sbb mmg tanggungjwb seorg muslim di muka bumi ni,saling ingat mengingati....slmt berhijrah shbt sumer,tk dpt hijrah bnyk,hijrah sket2x...
insya allah terkesan di hati
hijrah dari buruk kepada baik, dari malas kepada rajin n etc.. semua perlukan kpd keazaman, doa dan niat yg betol2. niatlah banyak2.. doalah banyak2 pada ALLAH.. ALLAH memang sntiasa dengar doa kita dan tahu apa yg ada dalam hati kita =)
Post a Comment