Saturday, December 17, 2011

Dari Kematian Kepada Sebuah Penghijrahan




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tidurkah kita?

2011-1991

Cantik bukan nombor di atas. Cuba anda tolakkan 2011 kepada 1991, pasti jawapannya begini :

( 2011 – 1991 = 20 ).

Ya, inilah waktu tahun dari mula kita bernafas sehingga tahun sekarang, sudah menjangkau usia 20 tahun. Sedar atau tidak, sudah dua dekad sebenarnya kita menghuni alam yang serba indah menikmati setiap nikmat kurniaan Allah yang hanya sekelumit sahaja.

Dan baru-baru ini, belum sempat kering air mata kesedihan akibat kehilangan arwah Fatin Fasihah Hanafi, kita dikejutkan lagi dengan pemergian seorang sahabat kita, Ilham Elliani. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi. Berkenaan peristiwa ini, mungkin sahabat sekalian boleh membaca nota Hilal Asyraf berkaitan kematian di dalam FB beliau: “Cintakan Kematian. Dedikasi Buat Arwah.” Sungguh mendalam.

Setiap barang yang dipinjam pasti akan dipulangkan pada pemiliknya. Allah pinjamkan pada mereka berdua 20 tahun hidup di dunia kemudian kepadaNya mereka dipulangkan.  Dan 20 tahun mereka di dunia insya’Allah membuat mereka bahagia di sana. Kebaikan mereka dicanang, disebarkan kepada orang lain walaupun selepas tiada.

Kita ???
Sama seperti mereka atau sebaliknya?
Mungkin kerana itu Allah bagi kita masa.
Untuk betulkan apa yang tidak kena.

Mana Milik kita?

Tapi kebiasaannya kematian itu berakhir dengan tangisan bukan dengan mengambil pengajaran. Dan begitu juga berlaku pada setiap masalah yang dihadapi, ramai yang hanya merenggus dan merinitih.

“Merasa senang atas kesenangan adalah senang.
Merasa susah atas kesusahan adalah senang.
Tapi,
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar.”

Ya, itu fitrah seorang manusia. Persoalannya, BAGAIMANA kita menghadapinya?

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)  (Surah Ash-Sharh:5-6)


Indah bukan ayat-ayat cinta yang Allah berikan kepada kita. Dua ayat ini antara kata-kata semangat daripada Sang Pencipta kepada yang hamba-hambanya. Tapi kata-kata motivasi ini juga yang kita sering lupa.

Hati ini milik siapa sebenarnya? Milik orang yang dicinta atau milik yang Maha Mencinta.  Sudah tentu ianya milik Allah. Jangan letakkan masalah (kesedihan/kesusahan/kagagalan dll) di dalam hati, kerana hanya Allah yang LAYAK dab BERHAK bertakhta di hati kita. Dan bukan sekadar hati sahaja, tapi SEMUA.

Jadi, MANA MILIK KITA?

“…maka jangan katakan pada Allah aku punya masalah, tetapi katakana pada masalah aku punya Allah Yang Maha Segalanya..” – Saidina Ali bin Abi Talib


Gua insya’Allah boleh kerna…… gua ada ALLAH Yang MAHA SEGALANYA !

Oleh itu, ingatlah Allah setiap detik dan ketika. Itulah cara kita merungkai segala perit dan derita. Dan membuatkan hati kita tenang bahagia sentiasa.



Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra`d:28)


Cubalah “BE POSITIVE”. Jadikan setiap masalah (kesedihan/kegagalan) bukan sebagai penghalang tapi sebagai perangsang/motivasi menjadi lebih baik selepas itu.

Dan dalam kehangatan bulan Muharram sebagai ‘musim hijrah’,  marilah kita bersama berubah kepada yang lebih baik. Daripada malas datang kelas (kuliah/tafaqquh), rajin-rajinlah pergi ke kelas. Daripada membuang masa membuat perkara sia-sia, marilah kita penuhi masa dengan perkara yang lebih berfaedah seperti membaca al-quran, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

Arwah Fatin Fasihah contohnya, telah menunjukkan kita contoh yang baik sebeum pemergiannya. Kesungguhan, kecekalan dan semangat beliau dalam menuntut ilmu sehingga mampu pergi oral exam yang terakhir walaupun sedang menderita penyakitnya menunjukkan nilai-nilai yang baik dan perlu kita contohi.

Kita?

Amat malulah kita kepada arwah Fatin Fasihah sekiranya kita yang sihat cergas tidak pergi ke kelas kerana alpa dan leka, tidur lena dan hanya terjaga pabila matahari naik tegak di atas kepala.

Maaf cakap. Tapi sungguh, MALULAH KITA.

Sejak kecil kita mendengar perkataan hijrah, ianya melahirkan TAHU. Dan kita didedahkan kesan apabila sudah berhijrah, maka ia melahirkan MAHU. Hari ini ada yang tahu tapi tidak mahu. Hari ini ramai yang mahu tetapi tidak tahu. Insya’Allah, sekiranya tahu dan mahu disatukan maka ia akan menghasilkan MAMPU. Saya yakin kita tahu, mahu dan mampu berhijrah. Selamat Berhijrah Sahabat.

ammar GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

atiqah said...

dulu, tiap kali melawat fatin di hospital, jarang sekali melihat tangannya sunyi tanpa buku medic.

"ajarkan aku anat"
"tadi lec ajar ape weh??"
semangat belajar tak penah pudar walaupun masa tu dia tahu jangka hayatnya tidak lama.

dr di hospital pon kagum dgn kesungguhan fatin.dia pon pelik macam mana fatin boleh belajar sdgkan 0xygen level sgt sgtlah rendah..

=(
malulah pada diri sendiri yang dikurniakan kesihatan tapi tidak digunakan semaksima mungkin..

tq, nice post.

Anonymous said...

kpd penulis artikel ni,congrats sbb mungkin artikel ni tak dpt menyentuh hati sumer pembaca,tp ingatlah, mesti ader jugak yg TERKESAN DI HATI walaupon sorang dua.....
kalau boleh,teruskan menulis artikel2x mcm ni,sbb mmg tanggungjwb seorg muslim di muka bumi ni,saling ingat mengingati....slmt berhijrah shbt sumer,tk dpt hijrah bnyk,hijrah sket2x...

nisazaidan said...

insya allah terkesan di hati

Mademoiselle Sophie said...

hijrah dari buruk kepada baik, dari malas kepada rajin n etc.. semua perlukan kpd keazaman, doa dan niat yg betol2. niatlah banyak2.. doalah banyak2 pada ALLAH.. ALLAH memang sntiasa dengar doa kita dan tahu apa yg ada dalam hati kita =)