Saturday, November 19, 2011

Fatirah, faturah dan futur


Bismillahirrahmanirrahim.


Gambar hiasan










Fatirah, faturah dan futur.
Dengan hanya sekali imbas, hampir tiada kaitan di antara ketiga-tiga perkara ini memang pun.
Namun, ketiga-tiga perkara inilah yang sering menempek dan berlegar dalam kehidupan kita sebagai pemuda Islam.

Fatirah.
Sejenis makanan seperti roti canai yang makannya bersama gula, jem atau susu.
Seronok dimakan bilamana pulang atau rehat selepas kuliah.
Harganya murah walau rasanya amat manis.

Faturah.
Resit.
Sebagai bukti dan rekod belian dan jualan.

Futur.
Putus asa.

Sebagai muslim, ke atas kita beberapa pilihan:
menjadi seorang yang biasa-biasa sahaja,
yang hanya tahu cakna akan makan minum sebagai asbab untuk mengekalkan kemandirian spesis

atau

menjadi individu yang menjadikan dunia ini sebagai platform untuk berkhidmat kepada Tuhan
di mana amal islami kita direkodkan pada resit di sebelah kanan
sebagai bukti bakti yang dilakukan adalah kerana kecintaan dan kehambaan kepada Tuhan

atau

menjadi individu yang berputus asa berhenti segala
walau selepas faham kepentingan perjuangan untuk mengembalikan sinar agama.

Perjuangan Islam ibarat gugusan mata-mata rantai.
Kita bukan pemula dan bukan juga penyudah.
Maka berharaplah kita menjadi penyambung
buat modal walau secebis apabila dihadapkan di hadapan Allah.

Plot kebangkitan Islam tetap berjalan.
Cuma sebagai persoalan,
adakah kita turut memainkan peranan?



























P/s: Selepas kecewa membandingkan kehidupan mahasiswa di Malaysia dan kehidupan diri sendiri di sini, merepek pula di sini.

Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: