Sunday, June 12, 2011

JUN JULAI


Bismilahirrahmanirrahim.

Selamat Menjalani Peperiksaan Tahunan. Memang sejak dari awal kita mulakan tahun untuk peperiksaan ini juga. Jadi yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Maka apa lagi, buatlah seperti bulan jatuh ke riba.. Jangan disia-siakan peluang untuk mengenal duduk letak dan prestasi diri agar kita lebih sedar di mana kita selepas setahun belajar dan diajar.

Bulan Jun dan Julai merupakan tempoh transisi yang penting untuk setiap daripada kita kerana berselang seli antara cuti (study leave ) dan peperiksaan. Akhirnya, datang pula cuti tahunan. Maka perlulah cermat memerhati masa kerana setiap yang terjadi hari ini kesannya boleh jadi esok lusa.
Pesanan itu untuk semua.

Untuk jawatankuasa baru pula, tempoh ini merupakan tempoh transisi untuk mereka melihat di mana mereka dapat berperanan dengan berkesan tahun hadapan. Semua ini insyaallah dapat dicapai menerusi siri mesyuarat dan perbincangan rasmi mahupun tidak bersama semua ahli jawantankuasa dan ahli batch sendiri. Hari penyerahan tugas telah ditetapkan pada 15 Julai.Sama-sama kita ucapkan selamat bertugas untuk mereka.

Sekian sahaja untuk tahun ini. Mudah-mudahan bertemu lagi pada tahun hadapan jika tiada aral melintang.

Menjemur padi di selasar,
Buah gajus tumbuh di paya,
Takkan lari gunung dikejar,
Hilang kabus nampaklah dia.

Wakil Jawatankuasa Gen 09


Gambar hiasan



mmmhafizen GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

5 comments:

afiquehidayat said...

selasar tuh ape?

pantun ni nk ckp ape ye?

Unknown said...

yayy!
aku rindu nk baca tulisan tangan hafizeN.

tapi kali ni xde konspirasi apa2 la,
xbest.
cmon la hafiz!

beruanglegend said...

itulah
tak ada kontroversi ke untuk ditimbulkan

Unknown said...

letak gambar la weh

wwn said...

amr,
comel x gambar tu?
lol