Wednesday, February 23, 2011

Darurat Mengerat


Assalamualaikum W.B.T

Walaupun dah lama berlaku, mende ni dah lama saya tulis dan baru berkesempatan dan teringat utk post.. Mungkin dah ‘basi’, tapi ada saya kisah apa.. Hehehehe

Alhamdulillah, cuti winter kali ini masing2 terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ada yang melancong ke Turki, Syria, Greece.. Tidak lupa juga ke tanah air terchenta, Malaysia. Mesti seronok! Melihat keagungan dan kehebatan Allah.. Bersyukurlah kalian diberi peluang untuk mentadabbur alam.

Kami yang tinggal di Mesir ni tidak ketinggalan juga untuk menikmati krisis politik Mesir yang saya kira membawa seribu satu hikmah untuk dirasai dan dikongsi bersama. Kami (yang tak keluar Mesir) sendiri merancang untuk menghabiskan masa cuti untuk mengemas rumah, shopping, layan movie, trip Bahariya, Sinai dan juga PWtC. Tapi, siapa sangka Allah ada agenda lain untuk kami…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

BOSAN terkurung!! Argh!!!!!! Siapa suka??? Sejak 29.1.2011 kami terkurung dalam rumah.. Dalam hati menjerit, the worse break ever!! Dengan curfew, dengan penjenayah terlepas, dengan bunyi heli berlegar di ruang udara, dan etc… Siapa berani ambil risiko untuk bercuti dan enjoy..

29 Jan 2011 – 30 Jan 2011 [Mounira]

Malam 29 Jan tu, kami tidur dgn pakaian untuk siap lari dari rumah kalau ada apa2 terjadi. Batang penyapu dan pisau dalam tangan. Beg sudah siap packing… Malam itu memang muka masing2 sugul. Yela, mana tahu ini mungkin malam terakhir kami. Badan dah menggeletar, seram sejuk… Adrenalin menyerbu! Tak boleh nak tidur.. Bunyi tembakan di luar rumah dan jeritan ammu2 di bawah.. Kami buat pekak dan tuli, walhal jantung dah explode big bang! MAUT ,itu sahaja yang kami fikir. Ajal kami sudah tiba ke?

Saat tu, ada suara dari seorang sahabat menenangkan, ada senyum dari seorang kawan yang lain mendamaikan, ada genggaman tangan seorang rakan menguatkan . Haih!! Haru… Allah kirimkan kami dengan ukhuwah untuk hadapi saat getir macam ni..

Pagi esoknya lepas subuh, baru semua berani nak tidur..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: ( Al-Baqarah 2:155 )

Kuatkah kami? Beranikah kami? Sabarkah kami?

“Ingat, semua ini hanya gerhana. Mentari pasti muncul!” – perindu syurga

31 Jan 2011 – 3 Feb 2011

Sudah tiba di Arma! Gelisah je muka masing2.. Tak senang duduk.. Dah macam cacing kepanasan aje.. Kami kena tumpang bilik dengan orang yang kami tak kenal.. Kekoknya rasa.. Kalau ikutkan, kami nak kami satu batch dalam satu bilik. Tapi apakan daya, kita kena ikut cakap tuan rumah. Kalau masing2 nak ikut kepala sendiri, hancuur ler…

Secara keselurahannya kami (akhawat gen 9) ada 20 orang tersadai di Arma.. Hmm masing2 terpisah.. Kena duduk dgn orang dari batch lain, uni lain, negeri lain, geng lain, di Bilik dan tingkat yang lain…

Masa mula masuk2 bilik, ada kakak senior.. Owh No!! Isk, dah la tak kenal.. Cuak..

“Assalamualaikum, boleh saya masuk? Saya pun menumpang kat bilik ni jugak.” – ayat paling tak macho, dalam hati mengutuk diri sendiri .

“Eh, masuklah, janganla memalu dengan kitaorg.. Meh masuk!” – kakak senior dan tuan bilik.

Woah!! Dalam masa beberapa hari tak pernah sangka bakal kamceng dgn kakak2 dan juga adik2.. Apatah lagi penghuni di ARMA. Selama ni kalau pergi ARMA pun atas dasar program, lepas ni boleh pergi ARMA atas dasar ukhuwah plak kot. Menolak keselesaan di rumah sendiri, untuk bersama-sama susah senang dalam waktu2 macam ni. Makan indo mee together, melepak dan melepek atas katil bersama, merungut dan menangis bersama.. Bila boring tak tau nak buat apa, lepak di bilik yang lain. Jumpa orang lain plak, kenal dgn orang lain plak..

Selama ini, kami memang faham erti sahabat dan ukhuwah. Tapi, bila benda2 macam ni terjadi kami tahu dan reti macamana nak jadi sahabat. Bukan senang… Lagi-lagi melebihkan kepentingan sahabat lebih dari kepentingan sendiri. Dalam keadaan gawat tiada duit dan makanan, kami berkongsi. Itulah baru betul namanya sahabat!

Di ARMA kami solat hajat bersama-sama. Ikhwah di dataran, akhawat dalam dewan.. Terbayang di kepala surah As Saff.. Hati sayu mengenang nasib, terasa seperti di Palestin pula.. Selepas solat, kami bermaaf-maafan, dan kami jumpa ramai lagi insan bertuah yang bersama kami menghadapi waktu tu.. Lega dapat melihat wajah-wajah yang dikenali berada di ARMA.. Syukur kalian masih selamat..

Handphone juga sudah lelah menjerit lagu ringtone dan sms dari keluarga dan sahabat lain.. Dalam hati kami terselit rasa syukur diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmat ukhuwah dan menghargai orang lain dalam saat getir dan tension ni.. Yela, dalam keadaan orang yang tengah stress dan tension, kebanyakan orang hanya fikir pasal diri je …

Together through thick and thin” - Magika

4 Feb 2011 – 9 Feb 2011 [Jeddah]

Melaut rasa syukur sampai di Jeddah.. Hampir dengan tanah yang dirindu, Makkah..

Sabar! Itu sahaja yang kami mampu.. Macam2 berita yang kami dengar tentang nasib kami. Ada yang kami iyakan, ada yang kami tidakkan tidak kurang juga gelakkan… Di Madinatul Hujjaj, kami dah jadi macam ayam ternak! Makan, tidor, mandi.. Bila bangun, makan lagi.

Bila mengantuk, tidur.. Layanan oleh rakyat Malaysia di Jeddah juga hebat.. Hati sejuk je memikirkan kesungguhan mereka membantu kami… Tak terbalas budi kalian. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Di Madinatul Hujjaj, kenal dengan insan2 lain lagi berlainan universiti dan jurusan. Dari Terengganu, Sabah, Selangor dan lain2.. Juga dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Arab Saudi..

Tension dan stress semakin meninggi… Status sekarang masih pelarian. Trapped!

Namun, dengan senyuman ikhlas dari sahabat meluputkan segala… Berita first in, first out memang menggembirakan kami.. Masih bersama susah dan senang..

The one most important word: We. The least important word: I


Dari seorang sahabat kita juga pernah cakap: Agaknya Allah suruh kita berukhuwah dan kenal sesama kita time mcm ni supaya kita kuat dan mampu bangkitkan Islam pada zaman akan datang kot?”


Kami angguk tanda setuju dan berfikir...



by :AdiZufly
18 Feb 2011


AdiZufly GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

effloresce91 said...

nice!..^_6