BATCH COMMITTEE



Organisasi Batch Gen09
Sesi 2012/2013
Ketua Batch
AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Timbalan Ketua Batch
NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
Penolong Ketua Batch 1
AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
Penolong Ketua Batch 2
AIMI SYAHIRAH BINTI SERBA JALIL
Setiausaha
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHAMAD ZUKERI
NURUL AISYAH BINTI MUDA
Bendahari
MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
AYUNI SHAFAF BINTI MOHD ADNAN
Unit Akademik
MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI
NUR NABILAH 'ATIQAH BINTI ABD WAHID
Unit Pembangunan Insan
MOHAMED AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI
NOOR FATHIYAH BINTI YUSOF
Unit Kebajikan
MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD `ARIFF FADHILLAH
FARAHDINA BINTI MOHD FAUZI
Unit Sukan & Aktiviti Luar
MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM
NUR ALYAA BINTI ABDUL MAJID
Unit Tugas Khas & Multimedia
SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN
NURHAWA ILLANI BINTI ROSLAN


Portfolio Jawatankuasa (berdasarkan Rancangan Pengurusan pindaan 2011)

KETUA BATCH/TIMBALAN KETUA BATCH
i.Mengetuai organisasi pentabiran batch.
ii.Mewakili ahli batch dalam melaksanakan urusan rasmi dengan PERUBATAN dan pihak-pihak luar.
iii.Menganggotai Majlis Ketua Batch PERUBATAN.
iv.Memaklumkan PERUBATAN berkenaan Jawatankuasa Batch.
v.Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Batch.
vi.Menyelia AJK Akademik.
vii.Berkuasa melantik Pengarah bagi Jawatankuasa Pelaksana. 
viii.Menjadi penasihat Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Pilihan Raya.
ix.Menjadi ahli Panel Penilai Pilihan Raya.
x.Ketua Batch berkuasa membubarkan Jawatankuasa Batch pada penghujung perkhidmatan.

PENOLONG KETUA BATCH I/II
i.Membantu Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch dalam menjalankan tugas dan peranan mereka.
ii.Mengambil alih tugas dan peranan Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch apabila mana-mana di antara mereka tiada di dalam kawasan, atau tidak mampu menjalankan tugas dan peranannya disebabkan keuzuran atau atas sebab-sebab lain yang dianggap munasabah.
iii.Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Batch jika Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch tidak dapat hadir.
iv.Menyelia AJK Pembangunan Insan dan AJK Tugas Khas & Multimedia.
v.Menjadi ahli Panel Penilai Pilihan Raya.

SETIAUSAHA
i.Menguruskan perhubungan dan persuratan rasmi dengan PERUBATAN serta pihak-pihak luar.
ii.Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini database maklumat ahli batch.
iii.Bertanggungjawab secara langsung terhadap mesyuarat Jawatankuasa.
iv.Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan.
v.Mengambil alih beberapa tugas dan peranan Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch jika Ketua Batch/Timbalan Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch tiada di dalam kawasan atau tidak mampu menjalankan tugas dan peranan mereka disebabkan keuzuran atau atas sebab-sebab lain yang dianggap munasabah.
vi.Menyelia AJK Aktiviti.
vii.Menguruskan ARKIB Batch.

Fungsi dalam mesyuarat:
viii.Memaklumkan ahli mesyuarat tentang perincian mesyuarat yang akan diadakan (tarikh,masa,tempat,agenda).
ix.Mencatat minit mesyuarat.
x.Menyediakan bahan-bahan tambahan (bercetak dsb.) yang berkenaan dengan agenda mesyuarat untuk ahli mesyuarat apabila difikirkan perlu.
xi.Menyediakan kelengkapan teknikal untuk mesyuarat jika difikirkan perlu atau atas permintaan ahli mesyuarat.
xii.Memastikan status kehadiran ahli mesyuarat.

BENDAHARI
i.Mengutip yuran bulanan daripada ahli batch.
ii.Mengurus dana batch dengan cermat dan amanah.
iii.Mengurus akaun batch.
iv.Menyediakan panduan akaun untuk ahli Jawatankuasa Batch.
v.Menyediakan laporan kewangan batch pada penghujung perkhidmatan. 
vi.Mengumpul akaun Jawatankuasa pada penghujung perkhidmatan.
vii.Mengumpul akaun program pada penghujung program daripada Bendahari Program.
viii.Meningkatkan kekuatan ekonomi batch.
ix.Menyelia AJK Kebajikan.
x.Mencari dana sokongan atau sumbangan daripada pihak luar untuk menampung sebarang kekurangan batch dalam memperjuangkan inspirasi PERUBATAN.

AKADEMIK
i.Bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal akademik ahli.
ii.Membentuk dan mengurus perjalanan Subject Master/wakil E-Learning.
iii.Mengelolakan forum akademik batch.
iv.Membuat analisa keputusan peperiksaan ahli.
v.Cuba meningkatkan prestasi akademik batch.
vi.Membina keintelektualan dan minda yang berkualiti dalam kalangan ahli melalui aktiviti dan inisiatif yang berkisarkan akademik.
vii.Bekerjasama dengan AJK Pembangunan Insan memotivasikan ahli.
viii.Menjalinkan hubungan professional yang rapat dengan Biro Akademik PERUBATAN dari segi motivasi dan bantuan akademik (tutor, 
GLOW, dan lain-lain).

PEMBANGUNAN INSAN
i.Membina biah solehah dalam komuniti batch.
ii.Membentuk akhlak dan sahsiah mulia dalam diri ahli.
iii.Meningkatkan kefahaman ahli dalam bidang keagamaan.
iv.Membantu ahli menyelesaikan masalah-masalah keagamaan.
v.Menjadi model muslim/muslimah ideal.
vi.Mengurus al-Jauhar sebagai lidah rasmi AJK Pembangunan Insan.
vii.Bekerjasama dengan AJK Akademik memotivasikan ahli.
viii.Menjalinkan hubungan professional yang rapat dengan Biro Pembangunan Insan PERUBATAN.

KEBAJIKAN
i.Membuat kutipan derma apabila terdapat mana-mana ahli yang memerlukannya; atau atas permintaan Biro Kebajikan PERUBATAN.
ii.Menyediakan Musyrif Batch dan memastikan pelaksanaannya.
iii.Mengedar dan mengurus borang Tabung Kasih Sayang.
iv.Mengumpul dan mengemaskini profil ahli.
v.Mengurus perkhidmatan bantuan pindah rumah kepada akhawat.
vi.Menjadi saluran bagi ahli untuk menyuarakan masalah (peribadi,akademik,kewangan, dsb.).
vii.Menjalinkan hubungan professional yang rapat dengan Biro Kebajikan PERUBATAN.


SUKAN & AKTIVITI LUAR
i.Menyusun aktiviti riadhah untuk ahli.
ii.Menekankan kepentingan bergiat aktif dalam sukan kepada ahli.
iii.Menganjurkan program-program jaulah ke kawasan yang menarik di Mesir dan di seluruh dunia.
iv.Menjadi model pelajar perubatan yang cergas dan aktif.
v.Menyusun taqwim batch berdasarkan aktiviti/program yang dicadangkan oleh AJK lain, di bawah penyeliaan Majlis Tertinggi khususnya Setiausaha.
vi.Menjalinkan hubungan professional yang rapat dengan Biro Sukan & Aktiviti Luar PERUBATAN.

TUGAS KHAS & MULTIMEDIA
i.Memberi bantuan dalam segala bentuk kepada ahli jawatankuasa lain.
ii.Melaksanakan sebarang tugas-tugas kecemasan yang diberikan oleh ahli Majlis Tertinggi.
iii.Melakukan semua tugas & kerja yang tidak berada di bawah mana-mana portfolio ahli Jawatankuasa Batch yang lain.
iv.Mengelolakan blog dan Yahoo! Group Gen 09.
v.Melantik dan menyelia Unit Dokumentasi yang terdiri daripada:
• Jurugambar
• Wartawan
• Juruvisual
vi.Bertanggungjawab terhadap urusan teknikal.
vii.Menyelia dan mengurus Inventori Batch.

Anonymous GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.