Saturday, November 27, 2010

Let's Manage Our Time Properly! ^0^


~Bismillah ar-Rahman ar-Rahim~

Haa, mende pasal masa ni memang cukup sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Sejak dari mula duduk di bangku sekolah rendah (kalau lagi awal tadika), sehinggalah bangku universiti, hal berkenaan dengan masa sentiasa dititikberatkan. Kerana apa? Kerana masa itu amatlah penting.

Allah swt dah memberi kepada kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun ataupun 365 hari setahun. Tetapi mengapa dalam kalangan kita masih ada yang mengatakan tidak cukup masa, sibuk dengan sesuatu kerja sehingga tertinggal kerja penting yg lainnya dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita hendak mengelakkan perkara sebegini berlaku?

Firman Allah swt,


Maksudnya: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, serta yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Surah Al-'Asr 103:1-3)

Tunjangnya, menjaga masa juga adalah salah satu sifat yang wajib ada dalam diri seorang mukmin.

Time Travel by *Sortvind @deviantart

Pertama sekali, marilah kita renungkan hal berkenaan LIMA sebelum LIMA.

SIHAT sebelum SAKIT,
MUDA sebelum TUA,
KAYA sebelum MISKIN,
LAPANG sebelum SEMPIT,
HIDUP sebelum MATI.

Di dalam ayat Al Quran di atas mengatakan bahawasanya manusia itu berada dalam kerugian. Jadi, mahukah kita untuk menjadi orang yang rugi? Mahukah kita untuk menjadi orang yang sentiasa berada dalam golongan yang ketinggalan mahupun kegagalan? Tanyakan soalan ini kepada kita sendiri.

Masa tetap berjalan tanpa menghiraukan kita. Masa akan tetap berlalu pergi tanpa memberitahu kita. Setiap masa yang berdetik, tidak sia-sia detik tersebut. Allah meletakkan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya. Seperti yang kita semua fahami, dalam satu detik sahaja, pelbagai proses yang berlaku tanpa kita sedari dengan mata kasar. Kekuasaan Allah itu amat berharga dan terbukti untuk kita kagumi, dari sekecil-kecil perkara seperti proses dalaman tubuh manusia mahupun haiwan sehinggalah isu-isu semasa yang berlaku, serta perubahan atau perjalanan cuaca. Allah swt mengawalnya setiap masa dengan sendiriNya. Hanya tinggal KITA untuk melihat dan mengambil iktibar dari segala kekuasaanNya.

Subhanallah!

:: Renungan Pantai :: by eja87 @deviantart

KITA perlu menggerakkan diri kita, bukanlah orang lain yang menggerakkan kita. Apabila kita gagal menggunakan masa dengan sebaiknya maka gagallah kita untuk mencapai mukmin sejati. Dunia sering menjadi ujian kepada kita untuk sentiasa berhati-hati dengan penipuannya, dengan kecantikannya, dengan penarikannya. Banyak masa kita terbiar begitu sahaja dengan aktivit-aktiviti duniawi berbanding dengan aktiviti-aktiviti ukhrawi. Sebagai contoh yang cukup lazim dalam kalangan pelajar perubatan mahupun BATCH GEN09 sendiri iaitu movies, asian dramas, video games or whatsoever.
Dunia jika kita kejar dengan melampau, maka akhirat akan ditinggalkan tanpa kita sedari. Tetapi, seandainya akhirat kita kejar dengan semangat yang tinggi, maka dunia turut mendampingi kita.

Sebelum ini, ada dikatakan lima sebelum lima, dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

"Manfaatkan lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Berdasarkan dari hadis ini, teramat pentinglah lima perkara tersebut untuk kita ambil perhatian. Penuhi kehidupan kita dengan beramal soleh dan menuntut ilmu dengan sebanyak-banyaknya. Manfaatkan kesihatan dengan aktiviti-aktiviti umum seperti aktiviti-aktiviti anjuran PERUBATAN khususnya. Gunakan masa lapang dengan berzikrullah, berselawat ke atas Nabi dan beristighfar sebanyak-banyaknya serta menyelesaikan kerja yang tertunda. Kualitikan waktu muda dengan semangat jihad berjuang di jalan Allah swt dan menggunakan kebijaksanaan kita yang ada dalam setiap perkara. Berniagalah dengan perniagaan Allah swt sewaktu kayamu dengan berkorban dan bersedekah jariah.

Program PERUBATAN: PROFESSIONALISME

Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, tiga perkara yang akan kekal dikira setelah mati, iaitu, Ilmu yang bermanfaat, Sedekah jariah dan Doa anak yang soleh.

INGATLAH, setiap detik yang berlalu tetap akan dikira oleh Allah swt yang Maha Kuasa.

Dalam hadis baginda saw:

"Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia dihabiskan? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh badannya; bagaimana ia gunaknnya?"
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Allah swt berfirman:

"Ar-Rahman telah mengajarkan Al Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah swt). Langit (alam raya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?".
(Surah Ar Rahman 55:1-13)

Manusia dikurniakan akal fikiran oleh Allah swt supaya kita dapat berfikir dengan bernas dan matang dalam setiap perkara. Dengan melihat tanda-tanda kekuasaan Allah Yang Maha Agung di sekeliling kita, kita dapat bekerja dengan baik dan tidak merugikan masa dan diri kita sepanjang hidup di dunia ini. Lagi-lagi kita sebagai pelajar perubatan yang bakal menjadi doktor. Semasa di peringkat pengajian lagi, kita didedahkan dengan banyaknya keagungan dan kebesaran Allah swt dalam silibus pengajian ilmu perubatan itu sendiri. Jangan sia-siakan kurniaan yang diberikan oleh Allah swt. Di samping itu juga, dengan menggunakan kebijaksanaan yang kita ada, seharusnya kita menyusun strategi untuk menggunakan masa dengan sebaiknya, agar masa tidak banyak dibazirkan.

The Brain by greatzombiejesus @deviantart

6 TIPS FOR BETTER TIME MANAGEMENT
by John Casey

1. Prepare a time diary.

dear diary by alexandramaria @deviantart

Be honest in listing all your daily activities, from your eat time, your watching TV period until your sleep time, note all of them so that the process of planning can be done easily.

2. Learn not to say "No!".


Discipline yourself to push away all activities which might disturb your time management, the activities are such activities that can be avoided and can be left undone. Focus your mind towards your daily goals, the goals which should be achieved and should be done.

3. Prepare your list of "What you have to do".


In this chapter, permit me (John Casey) to share. The way which I applied in my daily life was by preparing a small notebook. List what you have to do on that day early in the morning, and cross/cut what you had done. Yourself would be motivated by itself when seeing the things you have done had been crossed/cut from that list.

4. Let the technology helps you.

The technology of time nowadays helps a lot in managing your time. If you have a will, try to get yourself a timetable which can reduce problems in managing your time.

5. Simultaneously done!

There are activities which can be combined to save time, like listening to your books by MP3. However, you have to be clever in doing that, don't answer your phone while you are driving which can cause an accident.

6. Avoid "Perfectionism".

It's not wrong to be a perfectionist, but you should be aware that this kind of attitude can bring you to losing your important time and depression because of being too definite in everything.

Those are some tips you can use in managing your time.

Haa, yang ni pulak nak juga bagi tips yang ringkas yang sesuai dengan keadaan kita semua di sini. Kalau anda ada idea lain yang boleh menguruskan masa dengan baik, boleh la beritahu. Nobody is perfect!

Sleep by SleepingWuthGhosts @deviantart

1. Tidur awal pada waktu malam untuk bangun awal di waktu pagi esoknya. Kalau boleh tidak lewat lebih dari jam 12 tengah malam. Kalau dah bangun awal tu, seharusnya untuk kita qiamullail.

Sujud by reactivezul @deviantart

2. Tunaikan solat 5 waktu berjemaah di masjid bagi lelaki, di rumah bagi perempuan di awal waktu. Dengan solat di awal waktu, segala kerja yang akan kita lakukan berjalan dengan lancar. Inilah antarnya cara yang telah Allah swt berikan kepada kita dalam menguruskan masa. Selepas subuh, tanda mula untuk kita keluar mencari rezeki. Zuhur dan Asar, waktu berehat seketika selepas penat mencari rezeki. Maghrib, tanda pulangnya kita ke rumah dan akhirnya waktu mencari rezeki, dan waktu untuk kita tumpukan masa antara Maghrib dan Isyak dengan beramal khususi. Isyak, tanda pengakhiran waktu dalam sehari.

study hard by R-Matrix @deviantart

3. Kurangkan masa semasa mandi, makan, masak, melayan movies atau drama dan video gaming. Banyakkan menelaah pelajaran even sedang membasuh baju atau memasak.

Back Home by vastavnic @deviantart

4. Pulang ke rumah dengan segera selepas habis kuliah supaya dapat menjimatkan masa kita berehat di rumah daripada merayau-rayau ke tempat lain.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan, lain kali kita jumpa lagi. Segala kekurangan itu berbalik kepada diri saya yang lemah dan hina ini, segala kebaikan itu datangnya dari kurniaan Allah swt. Sama-sama kita kongsikan dan selamat maju jaya!

p/s: Berkenaan dengan masa, datanglah ke kuliah dengan awal mahupun ke KELAS TAMBAHAN yang YOU'ALL sendiri cadangkan. Kesian kat Biro Akademik!!! Sama-sama kita doakan keselamatan diri kita dan sahabat-sahabat kita sepanjang menjalani kehidupan yang perit di Mesir ini. Kuatkan semangat kepada yang ditimpa musibah! Seseorang itu tidak akan sempurna imannya selagi dia tidak ditimpa ujian.

Dr. Afif Fahim MD.
Sekadar Ahli Biasa Batch Gen09.
Zeinhom, Sayyeda Zainab, Cairo.

Afif Fahim MD GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

Unknown said...

1more thing to add.
avoid procrastination please.
-__-

oh. bagusla ada signature kt bawah tu.
lepas ni sape nak tulis letak signature la macam encik afif fahim ni.mantap sikit nampak.
haha

Afif Fahim MD said...

itu bnarnye aku nak smpaikan...haha...
the signature...(tbe)...

Amir said...

kesian kat tuan umah yg da menanti dgn penoh hrpn mghrpkn shbt2 mereka dtg ke kelas tmbhn yg dianjurkn. siap da wat syai da bergelen2.namun apekan daya,rezeki belom trcapai.marilah kite improve diri kite semua.insyallah dipermudahkn urusan sekaliannye.

Afif Fahim MD said...

syai~