Monday, January 17, 2011

MAUT tidak mengenal apa-apa


~Al-Fatihah~

Kita sedekahkan al-Fatihah, buat saudari Nurul Iman Abd Alim, pelajar Perubatan tahun 3, Universiti Iskandariah yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

Kepada semua sahabat-sahabat, marilah kita muhasabah diri kita bersama. MAUT itu tidak mengenal usia muda mahupun tua, keadaan sihat mahupun sakit, keadaan selesa mahupun sibuk; MAUT itu tidak mengenal apa-apa. BERSEDIAKANLAH diri kita, PERSIAPKANLAH diri kita dgn kematian yang sudah semestinya pasti.


"We have decreed death among you, and We are not to be outdone."
(Surah al-Waqi'ah 56:60)



"But never will Allah delay a soul when its time has come. And Allah is Acquainted with what you do."
(Surah al-Munafiqun 63:11)



"Say, "I possess not for myself any harm or benefit except what Allah should will. For every nation is a [specified] term. When their time has come, then they will not remain behind an hour, nor will they precede [it].""
(Surah Yunus 10:49)

Dengan ketiga-tiga ayat diatas, marilah kita renungkan bersama dengan janji-janji ALLAH swt tentang kematian.

"Ya Allah, ampunilah aku, terimalah taubatku, maafkanlah aku atas segala dosa-dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."


p/s: Penulis sendiri ingin meminta maaf atas segala kesalahan yg dibuat sama ada secara sengaja mahupun tidak, secara sedar mahupun tidak. Sesungguhnya penulis juga makhluk yang lemah, tidak terlepas dari berbuat kesilapan dan kesalahan. Penulis juga ingin berkongsi bhw jgnlah kita bertangguh-tangguh untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah swt. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu teramat luas. Usah berputus asa, pintu taubat akan sentiasa terbuka, kecuali bila tiba saatnya. Sekian, wassalam. Laporan Allahyarhamah Nurul Iman Abd Alim di PCI

MS. Afif Fahim MD,
Ahli Gen09,
Zeinhom, Sayyeda Zainab,
Cairo.

Afif Fahim MD GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

AmmarHamzah said...

Innalillah

nwahdaty91 said...

innalillah..
my ex-snr melorian..